Tingkatkan trafik blogEntry kali ini adalah cara hendak tingkatkan trafik blog. Entry ini adalah lanjutan berkenaan dengan entry  saya sebelum ini berkenaan meningkatkan pageview. Ada lagi satu entry di blog saya yang lain.

Blog yang bagus jika tiada trafik tidak berguna. Tanpa trafik kita seolah-olah cakap sorang-sorang, tiada yang mendengar. Apa yang kita bebelkan, idea yang dicurahkan, emosi dan sebagainya jadi seperti syok sendiri. Memang betul blog adalah sesuatu yang peribadi. Tetapi bergantung kepada kandungan blog, sesuatu isu itu juga boleh mempengaruhi orang untuk marah, sedih, gembira dan sebagainya. Blog pelik-pelik pun pasti akan kita jumpa, contohnya fail blog iaitu blog berkenaan dengan kegagalan, pernah juga baca blog orang islam yang bela anjing dan pertahankan pendiriannya, tapi dah lupa link dia. Ada blog masak-masak malah ada blog 18 SX yang boleh di google dengan sendiri.

Sekarang ini blog seperti blog politik atau blog berkaitan celebriti mempunyai trafik yang tinggi. Juga blog berkaitan bahan lucah juga tinggi.

Dalam blog aeropama.com ada entry berkaitan tingkatkan trafik blog dengan komen. Juga ada eksperimen dari azwan.my. Entry beliau boleh didapati disini. Blog taukey.com pun ada juga cerita berkaitan dengan benda ni, tapi lebih kepada backlink.

Cara lain adalah guna plugins SEO untuk wordpress. Contoh plugins yang bagus adalah Yoast SEO. Terdapat fungsi ‘focus keyphrase’ dan ‘readability ‘ untuk kita menguatkan SEO blog kita.

11 thoughts on “Tingkatkan trafik blog anda cara mudah”
  1. thanks beb bagi linkback kat post aku.

    pergh… dasat seh. guna teknik pingback pada 3 blog sekaligus. cuma kena ingat, WP hanya benarkan pingback 6 link untuk satu entri je.

  2. Tq Azwan utk info berguna tu. Sy dah tweak simple tag supaya dia tak link kan tag. Kalau tak satu page nampak macam banyak link. Walaupun bukan backlink, tapi keliru pulak pelawat nanti mana satu nak klik.

  3. TQ kerana link ke post saya. ekekekeke. aku pun tatau sebenarnya 6 jer link boleh. haahha. aku dok hantam jer. tapi biasanya aku tak buat lebih dari 3. takut lain plak jadinya nanti

  4. You are most welcome Taukey. Mana dapat nick Taukey ni? Selalu Tauke ada banyak duit. Bisnes apa? Hehe. Gurau je, jangan ambik hati.

  5. pingback byk pun boleh no hal..tp jadi useless la sebab wp hanya benarkan 6 pingback pada satu2 post atau entri saja..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.