Home » artikel

Istilah teknikal barangan terpakai

28 January 2019 No Comment
Originally re-manufactured macbook air

Originally re-manufactured macbook air

Kalau kita selalu melawat website yang menjual barang, kita pasti akan berjumpa barang terpakai yang dijual. Kebanyakan barang ini tidak meletakkannya sebagai terpakai(second hand), sebaliknya akan gunakan istilah teknikal seperti ‘pre-loved’, ‘pre-owned’, ‘originally manufactured’ atau ‘refurbish/recond’.

Tahukan anda semuanya adalah barang terpakai, tapi gunakan istilah teknikal. Jadi kita perlu lebih berhati-hati dengan barangan ini disebabkan oleh keadaan barang yang kadang kala tidak menepati perincian yang diberikan.

Apa yang dimaksudkan dengan terpakai(second hand)?
Ianya adalah barangan yang pernah digunakan dan dijual semula sebagai barang terpakai. Harganya boleh jadi lebih murah dari harga asal dan keadaan fizikal barang bergantung kepada penggunaan sebelum ini.

Bagaimana pula dengan refurbish/recon?
Barangan ‘refurbish’ atau ‘recond’ adalah barangan yang dikembalikan kepada atau vendor atas pelbagai sebab. Produk ‘refurbish’ biasanya diuji untuk fungsi dan kecacatan sebelum dijual semula. Perbezaan utama antara produk “refurbish” dan “terpakai” adalah produk yang diperbaharui telah diuji dan disahkan berfungsi dengan baik, oleh itu bebas daripada kecacatan, sementara produk yang “terpakai” mungkin rosak atau tidak rosak.
Barangan ‘refurbish’ mungkin juga barangan yang dipulangkan pelanggan dan tidak dipakai langsung atau juga barangan masih dalam jaminan yang dikembalikan, dijual semula oleh pengilang selepas kecacatan dibaiki.
Sesetengah barangan mungkin ada waranti.

Barangan ‘Pre-owned’,’Pre-loved’?
Istilah teknikal barangan terpakai. Bergantung kepada penggunaan sebelum ini. Istilah ini digunakan untuk mengelakkan guna istilah terpakai(second hand) tetapi sebenarnya adalah barangan terpakai.

‘Originally re-manufactured’.
‘Originally re-manufactured’ adalah membina semula produk kepada spesifikasi produk keluaran asal menggunakan kombinasi penggunaan semula, pembaikan dan bahagian baru. Ia memerlukan pembaikan atau penggantian komponen dan modul yang usang.
Bahagaian yang mempengaruhi prestasi atau jangka hayat akan digantikan keseluruhannya.
‘Originally re-manufactured’ adalah proses yang lebih teliti dan mahal kerana ia lebih ketat dan berfungsi ke arah standard yang lebih tinggi daripada ‘refurbish’.

Sekiranya vendor tidak dapat memenuhi definisi sebenar ‘Originally re-manufactured’ (memasang semula untuk memenuhi atau melebihi spesifikasi OEM), maka ia harus dianggap sebagai produk ‘refurbish’.
Sekiranya ada pilihan untuk memilih antara ‘refurbish’ atau ‘Originally re-manufactured’, pilih yang kedua untuk memastikan kualiti tertinggi dan meminimumkan risiko masalah masa depan.



Leave your response!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.