Home » Headline

Cara-cara membuat keju secara ringkas

13 November 2016 17 Comments

cheese

Korang suka makan keju? Korang tak tahu apa itu keju? Kalo korang tak pernah makan Pizza-Hut memang la korang tak tahu apa itu keju.

Bagi orang kampung, keju bukanlah makanan yang biasa sebab keju agak mahal kalau nak dibeli, tapi kalau dibandar mungkin tiap peti sejuk dirumah ada keju.

Sebenarnya keju dihasilkan daripada susu. Mudah aja nak hasilkan keju. Boleh buat dirumah dengan bahan-bahan yang memang dah ada. Susu segar aje kot kena beli.

Bahan- bahan diperlukan.

  1. 2 cawan susu segar
  2. 4 sudu teh cuka makan(bukan cuka getah ye) atau jus lemon.
  3. Garam

Cara-cara membuatnya:

  1. Masak susu dalam periuk dan sentiasa kacau sehingga mendidih. Pastikan sentiasa dikacau bagi mengelakkan susu hangus.
  2. Tutup api apabila susu sudah mendidih tapi biarkan periuk atas dapur.
  3. Masukkan 4 sudu cuka dalam susu dan kacau, susu akan bertukar menjadi dadih dan meninggalkan air dipanggil whey(aku tak tau apa dipanggil dalam bm)
  4. Kacau rata dan biarkan selama 5-10 minit di atas dapur.
  5. Letakkan penapis(penapis santan pun boleh) atas besen. Letakkan kain bersih atas penapis santan. Tuang dadih dalam periuk ke atas kain untuk memisahkan daripada air.
  6. Tekan keju untuk memaksa air keluar dari keju.
  7. Tambah sedikit garam dan tekan lagi bagi menghilangkan lembapan.
  8. Masukkan dalam bekas atau biarkan sahaja dalam bentuk bebola.
  9. Masukkan dalam peti sejuk. Selepas itu bolehlah dimakan seperti biasa.

Untuk lebih jelas, boleh tengok video dibawah;

Lepas ni puan-puan tak payah la beli keju lagi, boleh buat sendiri 🙂

Entry ni terhasil lepas aku curious pasal keju.

Kalau teringin nak beli buku Resepi berasaskan keju boleh je klik Resipi Keju – Himpunan 30 Resipi Berasaskan Keju.

Atau nak beli buku Resipi Roti, Resipi Kek & Kek Batik, Resipi Keju boleh klik sini juga.

 



17 Comments »

  • finalcross said:

    suatu perkongsian ilmu yang cukup berguna…
    TQ
    .-= finalcross´s last blog ..11 best online video converters. =-.

  • admin (author) said:

    Sama-sama. Sesekali buat entri macam ni ok gak. Nak cuba leh buat. Mana tahu boleh jadi penjual keju nanti. Keju mahal woo.

  • Bagus Jaya said:

    betul, betul, betul

  • mmm... said:

    assalamualaikum… terima kasih krn berkongsi ilmu buat keju ni..alhamdulilah akhirnya sy ditemukan resepi halal!
    moga Allah memberkati mu,amin..

  • Navin said:

    Hi, thn brpe kau kluar dri mzzfr?

  • Sohi said:

    Bagus ew..

  • mosmizal said:

    Resepi yang mudah.. Senang nak buat keju dan tak payah nak beli. Ok.. aku try buat kat rumah lah macam ni..

  • Bagus Jaya said:

    aku nak mau buat

  • intan said:

    g ngertiii

  • fahmi said:

    makasih lah…. maklumat ni best sangat… aku nak cuba kat rumah yer…. hahahaahh… mudah2an aku boleh resepi ke otak agar tak mudah lupe…

  • ainaa nindi said:

    ini bahasa apa’an
    gw aja gx ngerti…….
    hahahahah………:D

  • obat tradisional kanker hati. said:

    Thanks ya…salam kenal ja

  • mmm... said:

    Buat keju ni, guna susu rendah lemak boleh x?

  • Ghazali Awang said:

    susu tepung tak bleh ke?.. 🙂

  • admin (author) said:

    Belum terai

  • kikin said:

    yess akhirnya dapat gak resipi ini tq very much

  • nettyahhiyer said:

    menarik. boleh cuba.

Leave your response!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.