Home » Headline

Buah mengkudu umpan ikan air tawar

28 October 2016 3 Comments

mengkuduBUAH Mengkudu atau nama saintifiknya Morinda Citrifolia, cukup sinonim dengan kaki pancing yang giat memburu ikan bersisik seperti lampam, terbol, pucuk pisang dan kaloi yang dikatakan gemarkan buah ini.

Buah berkenaan berwarna hijau atau putih susu ketika muda dan perang selepas masak. Buah ini juga mengeluarkan bau busuk seakan keju masam selepas gugur dari pokoknya.

Lazimnya buah ini tergolong dalam famili Rubiaceae ini berbentuk sedikit melengkung dan bersaiz telur ayam dan mudah didapati di sekitar kawasan kampung, tepi sungai atau pinggir hutan.
Tinggi pokoknya iaitu kira-kira empat hingga lima meter dan dahannya bengkang-bengkok serta mempunyai daun yang tebal dan hijau berkilat.

Selain digunakan sebagai umpan memancing, buah ini yang sudah dikomersialkan ini turut memiliki khasiat yang menakjubkan untuk tubuh badan bagi penggemar jusnya.

Taburannya yang begitu banyak sekitar Asia Tenggara menyebabkan segelintir pengusaha menanamnya untuk dijadikan bahan ubat-ubatan dan kosmetik.

Dalam jurnal yang dipaparkan dalam internet, khasiatnya sungguh banyak iaitu mempunyai pelbagai zat yang mampu mengekang tekanan darah tinggi serta kanser.

Di arena memancing pula, cara buah mengkudu ini digunakan sebagai umpan iaitu dengan menghiris berbentuk dadu kecil. Ketulan ini kemudiannya dicucuk seperti sate pada perambut tunggal sepanjang setengah depa.

Selain itu, kaedah lain iaitu menggunakan sebiji buah mengkudu masak ranum yang dicangkukkan mata kail rambai turut berupaya menjinakkan ikan air tawar.

Difahamkan, bau busuknya menyebabkan ikan bersisik mudah mengesannya dan masa dulu buah ini menjadi umpan pilihan bagi masyarakat kampung selain buah sawit dan buah ara.

Menurut penggemar yang pernah menggunakan umpan ini, buah mengkudu masak ranum mampu menjerat ikan bersaiz lebih daripada sekilogram.

Lubuk pancing di kawasan sungai semula jadi menjadi pilihan pemancing kerana selain menjadi habitat ikan bersisik ini, buah mengkudu mudah didapati di sekitar kawasan berkenaan. Sumber Joran.



3 Comments »

  • ery said:

    uhh.. goreng pun sodap ikan tuh.. 🙂
    .-= ery´s last blog ..Fail Photo Part 2 =-.

  • admin (author) said:

    Semua ikan goreng sodap. Goreng garing2 banget.

  • sahak said:

    bro……saya ada guna buah mengkudu masa mancing……hampeh…tiada sambutan…lima kilo buah tu saya buang kesungai

Leave your response!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.