gerimis
gerimis

Semangat pagi yang datang setiap hari sejak seminggu lalu membuatkan Amin tidak keruan. Mana tidaknya kerja yang tertangguh masih belum selesai. Masih banyak emel yang belum terbalas.  Sejak kerja shift seorang beban kerja bertambah sebab tiada partner yang boleh bantu. Nak cuti juga susah. Amin mengeluh panjang.

“Bos, boleh tak kita ambil staff lagi untuk bantu saya?” Tanya Amin.

“Tak boleh Min, syarikat kita masih belum mampu. Jualan pun perlahan dek sebab Covid-19.”Jawab Bos.

Bos macam biasa lebih tahu forecast tentang syarikat. Apa yang perlu diutamakan dan apa yang tak. Sementelah lagi waktu ketika sekarang dengan keadaan ekonomi yang agak mencabar dan keadaan wabak yang belum reda serta ada ura-ura tentang gelombang baru wabak yang akan tiba.

Pada perkiraan Amin, kalau dia ada partner kerjanya tidaklah terbeban sangat. Mungkin ada masa untuk santai sikit-sikit. Sekarang nak makan tengah hari pun kekadang terlepas. Tapi kalau ada partner pun dia masih perlu juga nak melatih pekerja baru sekurang-kurangnya tiga bulan. Itupun kalau pekerja baru boleh tahan dengan tugas yang diberikan disamping kadang-kadang terpaksa melayan karenah pelanggan yang pelbagai. Belum tentu staff baru dapat bertahan kalau bukan jiwa kental.

Hujan gerimis yang bermula sejak pagi tadi masih belum berhenti. Biasanya bulan Oktober-November musim hujan. Biasanya petang akan hujan. Gerimis begini menuntut waktu untuk berhenti. Jika pun berhenti terkadang ianya akan kembali dengan hujan lebat pula.

Amin masih lagi meneruskan kerjanya sambil mendengar lagu. Sesekali beliau akan buka youtube untuk menghabiskan masa jika tiada emel yang masuk. Begitulah rutin setiap hari yang dilakukannya sejak beberapa tahun bekerja disyarikat ini.

“Ring ring, ring ring, ring ring”

“Hello.  inertz corp. Boleh kami bantu anda?” Amin lantas menjawab.

“Hello. Boleh bantu saya dengan masalah emel?”

“Boleh. Sebelum tu boleh kami tahu nama encik?” Tanya Amin.

“Basiron”

“Encik Basiron, masalah macam mana yang encik maksudkan? Adakah encik menggunakan webmail atau menggunakan perisian seperti MS Outlook atau Thunderbird?”

“Saya gunakan Outlook. Masalah terjadi sejak saya format PC saya. Sebelum ni tiada masalah. Tapi selepas PC saya terkena virus, saya terpaksa format PC kerana PC menjadi perlahan dan tidak dapat beroperasi secara sempurna.”

“Error yang saya dapat berkaitan TLS, TLS rasanya. Saya dah cuba tukar-tukar setting tapi masih tak boleh.”

“Boleh En. Basiron emel kami guna email lain serta cekup skrin dan lampirkan kepada kami? Kami perlu tahu ralat yang lebih spesifik. Encik boleh emel ke support@inertz.com”

“Errr ok. Kejap lagi saya akan emel.”

Amin meneruskan kerja setelah mendapat emel dari Encik Basiron. Betul telahan Amin. Error tersebut memang berkaitan TLS. Amin terus balas email tersebut dan cadangan untuk membetulkan masalah pelanggan.

“Another good work!!!” Sengih Amin.

“Harap jangan la ada server down hari ni. Jenuh juga nak melayan kalau server down. Emel mesti berlambak.”

“Hari ni kalau order KFC mesti menarik. Lama dah tak makan KFC.”

Amin pun membuka laman web kfc.com.my untuk melihat menu yang ada. Amin pesan 2 ketul ayam kombo serta cheezy popcorn bowl yang baru.

“Time hujan macam ni ada ke penghantaran?”

“Kesian pulak yang nak menghantar tu kalau hujan lebat.”

Amin membatalkan hasrat untuk membuat pesanan setelah berfikir panjang.

“Boleh aje kot nanti hujan berhenti baru order. Tapi kalau macam ni macam lambat je nak berhenti.” Fikir Amin dalam hati.

Cita-cita asal Amin nak makan ayam tak kesampaian.

“Roti canai sarapan pagi tadi masih ada baki. kalau buat wrap sedap jugak.” Fikir Amin.

“Tapi tula, hujan pula tak nak berhenti.”

Memang normal tiap hari dipejabat disediakan sarapan pagi. Kekadang nasi lemak dan kekadang roti canai. Sekurang-kurangnya dapatlah menggalas perut sebelum makan tengah hari. Kalau nak makan sedap kadang kena tunggu mesyuarat teknikal. Dapatlah makan KFC.

Bersambung …

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.