Amazfit T-Rex 2
Amazfit T-Rex 2

Amazfit T-Rex 2 telah dilancarkan hari ini di China merupakan penganti kepada T-Rex yang diumumkan pada tahun 2020. Jam tangan pintar ini dikatakan mampu bertahan sehingga 45 hari dengan sekali cas. Ianya mengekalkan reka bentuk lasak dan anggun seperti sebelumnya.

Ia dilengkapi dengan skrin AMOLED 1.39-inci dengan kandungan paparan masih boleh dilihat dengan jelas walaupun dalam cahaya luar yang kuat. Jam tangan ini mempunyai berat 66.5g termasuk tali dan ia dilengkapi dengan 15 pensijilan ketenteraan. Jam tangan boleh digunakan dalam cuaca yang sangat sejuk dengan suhu ambien serendah -30°C. Ia juga dibina dengan paras rintangan air sehingga 100 meter, kedudukan tepat dwi-frekuensi lima bintang, trajektori & navigasi, dan fungsi lain.

Talinya diperbuat daripada bahan silikon antibakteria, yang boleh mengurangkan kebarangkalian alahan dengan berkesan. Ia mesra kulit dan selesa. Reka bentuk dalaman yang menyerap peluh memastikan ia kering dan tidak melekit.

Amazfit T-Rex 2

Jam tangan pintar juga hadir dengan sokongan untuk lebih daripada 150 mod sukan seperti mendaki gunung, bermain ski, memancing dan lain-lain. Terdapat bateri 500mAh yang memberikan hayat bateri sehingga 24 hari pada penggunaan biasa. Hayat bateri meningkat sehingga 45 hari dalam mod jam tangan asas dan 10 hari dalam penggunaan berat.

Amazfit T-Rex 2 hadir dalam empat pilihan warna dan akan mula dijual pada 31 Mei di China. Ianya dijual pada harga 1,499.00 Yuan(RM987.58).

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.