Armani turut keluarkan jam tangan pintar

Emporio Armani sebelum ini lebih dikenali dalam bidang fesyen tapi kini tidak lagi dengan pengenalan jam tangan pintar hibrid yang serasi Android dan iPhone. Jam pintar ini dikenali sebagai ‘Emporio Armani Connected’. Anda mungkin pernah mendengan ura-ura mengenainya sebelum ini tetapi jam pintar ini lebih nampak seperti jam tangan tradisional yang begitu klasik, bergaya dan nampak mahal tetapi tetap menawarkan ciri moden terutamanya mengesan segala aktiviti anda.

Armani turut keluarkan jam tangan pintar Read More »

Apple Watch Nike+ tiba Jumaat ini

Apple dan Nike hari ini mengumumkan Apple Watch Nike+ boleh didapati mulai Jumaat 28 Oktober. Jam tangan pintar ini menggabungkan semua ciri-ciri unik Apple Watch dan aplikasi Nike+ Run Club memberikan motivasi untuk berlari daripada jurulatih dan atlet terbaik dunia disesuaikan mengikut jadual kita sendiri. Muka jam pintar yang unik diilhamkan daripada gaya ikonik Nike yang boleh difungsikan sebagai pembaca degupan jantung, jam randik serta keadaan cuaca memberikan pelari maklumat secara masa nyata dengan pantas tanpa perlu melihat telefon pintar.

Apple Watch Nike+ tiba Jumaat ini Read More »

Samsung Pay kini hadir ke Malaysia, Thailand dan Russia

Samsung mengumumkan bahawa perkhidmatan pembayaran mudah alih Samsung Pay akan diperluaskan ke tiga negara , termasuk Malaysia, Thailand dan Russia. Syarikat itu juga mengumumkan bahawa ia telah menjalin kerjasama dengan Mastercard untuk membawa ‘Masterpass’ kepada sistem Samsung Pay.

Samsung turut mengumumkan bahawa bagi pengguna US mereka akan mendapat ciri-ciri baru termasuk sokongan pembayaran dalam applikasi

Samsung Pay kini hadir ke Malaysia, Thailand dan Russia Read More »