Setelah terlampau banyak laporan berkenaan Samsung Galaxy Note 7 yang terbakar apabila dicas, Samsung akhirnya memberhentikan pengeluaran Note 7. Dengan 2.5 juta peranti dipanggil semula serta unjuran kerugian sehingga $2.3 billion Samsung nampaknya masih belum hampir kenal pasti apa yang membunuh peranti tersebut.

Menurut Wall Street Journal para eksekutif menyalahkan bateri berdasarkan maklumat tidak lengkap kerana berada dalam tekanan oleh pelanggan mereka. Ianya dilihat tergesa-gesa untuk menyelesaikan masalah tersebut, bagaimanapun masalah sebenar mungkin lebih teruk lagi. Panggil balik adalah cara mudah untuk menyelesaikan sebahagian masalah bagaimanapun menurut laporan adalah jelas bahawa bateri peranti telah terlebih panas walaupun ditukar kepada bateri lain berdasarkan apa yang terjadi dengan peranti yang ditukar dimana ianya masih lagi boleh terbakar.

Peranti baru Galaxy S8 dijangka akan keluar pada awal tahun depan.

 

By admin

One thought on “Samsung masih belum pasti apa penyebab bateri Note 7 terbakar”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.