Banyak pengeluar telefon pintar akan beroleh manfaat hasil dari isu kebakaran bateri telefon Samsung Galaxy Note 7. Salah satunya adalah Huawei yang diwar-warkan akan mengeluarkan model baru seakan-akan Note 7 iaitu Huawei Mate 9 Pro. Model terbaru ini dikatakan akan dilancarkan pada satu acara yang dijadualkan pada 9 November ini. Model ini dikenali sebelum ini dengan nama kod ‘Long Island’ dengan resolusi lebih tinggi iaitu QHD(1,440 × 2,560) berkemungkinan untuk memanfaatkan Google ‘Daydream’. Daydream merupakan teknologi VR daripada Google.
Mate Pro 9 bakal menggunakan chipset Kirin 960 dengan 4GB RAM. Storan bermula dari 64GB sehingga 256GB dengan dual-camera Leica serta 4X zoom optik. Dengan harga sekitar $480 bagi model 4GB/64GB serta model 6GB/256GB berharga $700 telefon ini akan dipasang dengan Android 7.0 Nougat beserta skrin 6 inci.