iphone_7Masa sudah tiba untuk naik taraf iPhone anda kepada iPhone 7 atau iPhone 7 Plus. Anda boleh merancang tentang bagaimana mahu menjual iPhone sedia ada atau memberikan kepada orang lain iPhone lama. Tapi jika tiada budget, anda boleh terus jual dalam lelong atau mudah untuk mendapatkan duit tunai bagi menampung harga telefon baru.

5 langkah penting yang mudah diikuti sekiranya anda mahu upgrade kepada iPhone baru.

  • Backup data menggunakan itunes kemudian menyapu bersih segala data anda terutama maklumat peribadi dan rahsia. Cara mudah adalah melakukan full reset. Jika telefon adalah jailbreak, anda boleh cuba restore iPhone kepada versi IOS asal.
  • Menggilap bahagian luaran. Untuk menjaga telefon pintar biasa screen protector digunakan untuk mengelakkan calar. Skrin iPhone biasanya adalah scratch resistance. Walaupun begitu guna screen protector adalah lebih baik kerana nilai jual balik lebih tinggi bagi telefon bimbit yang dalam keadaan baik. Bagi iPhone 5 yang perlu digilap adalah bahagian depan manakala iPhone 4 depan dan belakang kerana kedua-duanya adalah kaca. Guna kain mikrofiber untuk menggilap.
  • Ambil gambar menarik telefon anda. Pastikan shot-shot yang jelas dan tidak kabur bagi meningkatkan peluang telefon dibeli.
  • Bandingkan harga dengan penjual lain. Pastikan harga yang anda tawarkan berpatutan dan berpadanan dengan keadaan telefon.
  • Jujur. Apabila membuat iklan anda, pastikan untuk menyenaraikan sebarang calar, cacat , dan masalah anda temui dengan telefon (seperti hayat bateri yang rendah). Jujur adalah cara yang paling mudah untuk membuat jualan yang pantas.

 

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.