Redmi Note 3 Murah, badan logam dan mempunyai sensor cap jari

Redmi Note 3
Redmi Note 3

Hanya selepas 3 bulan melancarkan Redmi Note 2, Xiaomi kembali dengan penggantinya. Tidak menghairankan Redmi Note 3 adalah telefon pintar mid-range dengan ciri-ciri yang baik dan harga asas cuma $141. Dengan badan logam, Redmi Note 3 masih kekal dengan skrin 5.5-inci, paparan 1080p, pemproses MTK Helio X10, serta 2GB RAM dan ruangan storan 16GB. Jika anda sedia untuk membayar sedikit tambahan anda boleh ambil versi 3GB RAM, 32GB storan dengan harga $172.

Walaupun mahal sedikit dari Redmi Note 2 tetapi lebih muranh dibandingkan dengan telefon lain sekelasnya. Terdapat beberapa warna untuk dipilih serta Xiomi turut menawarkan beberapa ciri-ciri biasanya dikhaskan untuk aplikasi perdana. Ada sensor cap jari di belakang, yang pertama bagi syarikat itu digunakan untuk membuka telefon dalam masa 0.3 saat sahaja dan diintegrasikan dengan perkhidmatan baru Wallet Mi Xiaomi.

Ciri-ciri lain adalah bateri 4000mAh dengan sokongan pengecasan pantas, 50% dicas dalam masa sejam sahaja. Rekabentuk baru ini juga lebih mewah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.