Seperti yang kita pernah dengar sekarang, Samsung merancang untuk melumpuhkan baki Galaxy Note 7 yang belum dipulangkan.  Samsung melakukan perkara yang sama seperti di US sebelum ini. Samsung telahpun menghantar pemberitahuan kepada pemilik telefon pintar Samsung bahawa pada 31 Disember pada pukul 9 malam semua telefon pintar Galaxy Note 7 akan diturunkan kuasa kepada 0%.

Samsung mengeluarkan pemberitahuan ini untuk mengingatkan pengguna untuk membuat sandaran foto dan data mereka dari telefon masing-masing. Di Malaysia telefon ini masih boleh dipulangkan kembali atau ditukar kepada telefon Samsung yang lain, untuk itu masih ada masa sebelum ianya dipadamkan.

Langkah yang sama telahpun diambil Samsung di seluruh dunia serta bantuan daripada syarikat penerbangan untuk menyenarai hitam telefon pintar ini dari penerbangan mereka supaya tidak terbakar ketika penerbangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.