HMD Global perkenal telefon bimbit baru

HMD Global pada hari ini perkenal 2 telefon bimbit baru jenama Nokia dalam era pasca-Microsoft. Nokia 150 dan Nokia 150 Dual SIM khusus untuk pengguna yanh hanya mahukan telefon bimbit ringkas dan murah. Kedua-duanya hanyalah berharga sekitar $26 dan merupakan lanjutan kepada Nokia 215 dan seangkatan dengannya.

Ianya dilengkapi dengan pemain MP3 dan radio FM, Blueetooth dan SLAM(pengganti NFC) dengan jangka hayat bateri lebih baik 22 jam masa bercakap dan 31 hari waktu sedia. Selain itu ianya turut dipramuat dengan permainan Snake Xenzia dan Nitro Racing. Terdapat kamera dan flash juga tetapi dengan resolusi VGA yang terhad.

Nokia 150 akan dilancarkan pada Q1 2017 di Eropah, APAC dan IMEA. Kedua-duanya adalah terhad kepada 2.5G(900/1800MHz) sahaja.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.