.

Uncategorized »

Tablet terbaru Motorola Xyboard 10.1 and 8.2
[ 13 Dec 2011 | No Comment | ]

Tablet Motorola terbaru baru sahaja dilancarkan dengan 2 varian. Terdapat versi 10.1 inci dan versi 8.2. Kedua-duanya mempunyai bentuk yang sama cuma yang berbeza dari segi saiz.
Untuk tablet terbaru, Motorola telah menggunakan bahan yang terbaik dan berkualiti setelah mereka memerhatikan kritikan yang diterima oleh Galaxy Tab yang menggunakan badan seolah plastik malah Motorola turut menonjolkan skru logam bagi menunjukkan keeksklusifan tablet mereka.
Dari segi penempatan butang volume dan kuasa, Xybord 8.2 bolehlah dianggap sebagai tablet berbentuk potret manakala versi 10.1 adalah untuk lanskap.

Tags: motorola, tablet, terbaru, Xyboard

Read the full story »

Uncategorized »

Telefon pintar Nokia N9 putih
[ 27 Oct 2011 | No Comment | ]

Setelah perkenal telefon Windows baru, Nokia turut perkenal kemaskini Nokia N9 dengan warna baru iaitu putih berkilat. Telefon ini boleh didapati dalam variasi 64GB storan bermula suku keempat 2011.
Apa yang baru adalah dari segi kemaskini perisian termasuk kemaskini terhadap NFC, skrin kekunci serta butang kawalan.

Tags: nokia, pintar, putih, telefon

Read the full story »

Uncategorized »

Nokia perkenal 2 telefon pintar Windows terbaru
[ 26 Oct 2011 | One Comment | ]

Nokia hari ini telah memperkenalkan 2 telefon pintar terbaru yang dikuasakan oleh Windows Phone 7 Manggo iaitu Nokia Lumia 800 dan Nokia Lumia 710.
Dari segi rekabentuk, Lumia 800 adalah sama dengan Nokia N9 tetapi dari segi spesifikasi ianya berbeza. Nokia Lumia 800 dilengkapi dengan pemproses tunggal 1.4GHz serta paparan 3.7inci AMOLED dengan resolusi 800×480 piksel serta kamera 8MP dengan lensa optik Carl Zeiss.
Bagi Lumia 710 pula mempamerkan ciri-ciri sokongan terhadap laman sosial seperti Facebook, Twitter dan LinkedIn bersama-sama pelayar web juga ciri-ciri sokongan emel dan integrasi pejabat.
Pada sidang Nokia hari …

Read the full story »

Linux, misc »

Cara untuk kompil(compile) dan pembetulan(patch) kernel, kenapa perlu compile?
[ 16 Oct 2011 | No Comment | ]

Sila rujuk sini untuk masukan blog berkenaan tajuk diatas. Kenapa perlu compile? Kita perlu compile kernel Linux jika sekiranya sesuatu perkakasan yang cuba dipasang tidak dapat dikesan oleh kernel. Sebelum compile, kita juga perlu tahu bahawa memang tiada modul bagi perkakasan itu. Oleh itu kernel Linux perlu di compile untuk menyokong perkakasan.
Adalah jarang pada waktu ini untuk compile kernel kerana kebanyakan perkakasan memang sudah disokong oleh kernel sekurang-kurangnya modul(module) bagi perkakasan itu sudah ada. Kita cuma perlu load sahaja modul. Istimewanya module adalah ianya boleh dilaksanakan tanpa perlu reboot semula …

Read the full story »

Uncategorized »

Artikel lama saya berkenaan Linux
[ 15 Oct 2011 | No Comment | ]

Jika ada yang mencari bahan rujukan berbahasa Melayu berkenaan Linux, anda boleh merujuk kepada artikel lama saya disini. Mungkin boleh membantu anda dalam menyelesaikan tugasan atau kajian anda.
Diharap dapat membantu sesiapa yang memerlukan.

Tags: artikel, berkenaan, lama, Linux, saya

Read the full story »