Selepas OpenSuSE keluar aje, aku dah download distro ni untuk dicuba. Malangnya ada masalah untuk memasangnya ketika itu akibat pemeriksaan MD5 yang tak lepas ketika pemasangan. Setelah dibuat MD5 checksum pada iso, memang didapati MD5 checksum tidak sama. Berkemungkinan data rosak semasa memuat turunnya.
Sekali lagi aku download OpenSuSE tersebut, kali ini menggunakan talian pejabat pula. Setelah selesai, aku terus membuat MD5 checksum dan tiada masalah. Nanti aku buat manual ringkas bagaimana nak periksa MD5 checksum.
Berbalik kepada OpenSuSE, pemasangannya adalah tidaklah sesukar mana. Lebih kurang sahaja dengan pemasangan yang lain, cuma kalau dibandingkan dengan Ubuntu, OpenSuSE terdapat lebih banyak langkah pemasangan.
Perkara-perkara yang terlibat semasa pemasangan adalah seperti pemilihan partition. Biasanya aku akan buat 3 partition sahaja iaitu “/boot”,”swap”, dan “/”. Sejak aku mula pasang Linux, partition /boot tidak pernah aku tinggalkan kerana aku jarang pasang bootloader pada MBR.
OpenSuSE adalah sedikit berbeza daripada Ubuntu, bukan sekadar pepohon direktory yang berbeza, konfigurasi juga ada sedikit perbezaan. Seperti sedia maklum, Ubuntu adalah berdasarkan Debian, manakala OpenSuSE tidak banyak berubah dari versi asalnya iaitu SuSE. SuSE bukanlah sesuatu yang asing bagi aku sebab aku dah menggunakannya sejak versi 6.0 lagi.
Sesuatu yang masih tidak berubah dari dulu adalah Yast iaitu utiliti yang menyerupai control panel dalam Windows. Dalam versi ini, Yast telah dikemaskini dengan pengenalan WebYast. WebYast digunakan untuk konfigurasi sistem OpenSuSE dari jarak jauh melalui browser.
Semasa pemasangan, ada pilihan untuk memasang perisian lain dalam DVD, kita cuma perlu memilihnya, kita boleh memasang perisian pengaturcaraan, perisian pelayan, perisian Virtualization seperti XEN dan sebagainya. Pendek kata, tanpa internet, kita terus boleh memasang perisian yang diperlukan untuk desktop atau pelayan.
Kesimpulannya, OpenSuSE adalah satu distro Linux yang perlu dicuba oleh penggemar Linux terutamanya bagi pelajar IT, tak perlu terikat dengan satu distro sahaja kerana realitinya apabila menempuh bidang pekerjaan, kita mungkin akan menyelenggara sistem yang menggunakan Centos, Redhat, FreeBSD dan sebagainya.