Budaya lepak dan ponteng sekolah bukanlah perkara baru, ianya sudah ada sejak lama dulu cuma istilah lepak tu baru. Kalau nak ikut zaman aku sekolah dulu, tak pernah aku ponteng sekolah semata-mata untuk lepak. Maklumla kelas pandai dulu 😛

Zaman aku sekolah dulu mana ada CC lagi kat bandar. Jadi tak ada la istilah budaya lepak kat CC. Ponteng sekolah tak jadi perkara serius kat sekolah. Masih lagi terkawal.

Berbeza dengan sekarang, budak-budak sekrang bukan setakat ponteng sekolah malah sudah berani melawan guru. Tapi tu cerita lain.

Aku nak ucapkan tahniah kepada sekumpulan guru di JB yang menjadi Paparazi mengintip kegiatan murid-murid yang ponteng. Sekurang-kurangnya ianya mengurangkan gejala ponteng ni kat sekolah. Ibu-bapa dan guru masing-masing sepatutnya bekerjasama untuk mendidik murid-murid dan tidak hanya menyandarkan beban pada guru-guru.

Budaya lepak

3 thoughts on “Budaya lepak dan ponteng sekolah dikalangan pelajar”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.