Siapa ada kamera? Jangan angkat tangan. Bagus, semua ada kamera. Sekarang ini kamera merupakan gadget yang menjadi kemestian bagi setiap orang. Kalaupun tak ada kamera, sekurang-kurangnya memiliki telefon bimbit berkamera.

Pada masa ini, kamera digital lebih murah dan mampu milik kerana kamera digital menggunakan kad memori dan tidak menggunakan filem. Kelebihan kamera digital adalah gambar boleh diambil banyak kali dan sekiranya gambar tidak cantik, boleh dipadamkan dan bokeh mengambil gambar yang sama sekali lagi.

Adalah agak sukar untuk menyelusuri lanskap kamera digital kerana terdapat begitu banyak model yang berbeza dengan gaya yang pelbagai. Kamera digital juga ada yang dicipta untuk mengambil gambar yang lebih spesifik. Secara umum, kamera terbahagi kepada 3 iaitu kompak, semi-kompak dan kamera digital SLR.

Kodak Easyshare M753. Penulis memiliki kamera ini.

Kamera kompak adalah kamera kecil dan mudah alih. Ianya mudah dibawa dan mudah dimasukkan dalam poket atau beg tangan. Kebanyakan telefon bimbit berkamera boleh juga dianggap dalam kategori ini. Kebanyakan kamera jenis ini mempunyai zoom sama ada zoom analog atau digital.Biasanya kamera jenis ini mempunyai antara 5-12Megapiksel. Jika dahulu, kita perlu buat pilihan antara kamera kecil atau gambar berkualiti tinggi, tapi sekarang, kamera kecilpun mampu untuk mengambil gambar berkualiti tinggi yang cantik. Kamera jenis ini juga memiliki beberapa tahap konfigurasi gambar seperti auto fokus, auto flash, mode malam, mod makro dan sebagainya. Biasanya kamera ini mempunyai konfigurasi yang mudah dan terhad dan bolehlah dikatakan kamera jenis automatik. Contoh kamera ini adalah seperti Kodak Easyshare M753.

Bagi kamera semi-kompak pula, ianya lebih besar dari kamera kompak. Contoh kamera adalah seperti Canon Powershot. Kamera ini mempunyai lensa yang terbonjol keluar daripada badan kamera dan tidak boleh ditukar. Konfigurasi untuk kamera ini adalah lebih banyak. Kualiti gambar juga agak tinggi dan bolehlah dianggap kamera pertengahan. Antara kelebihan kamera ini adalah kelajuan shutter boleh ubah. Dengan shutter, objek bergerak boleh dipegunkan. Kamera biasanya memiliki zoom optikal sehingga 12 kali. Berbeza dengan kamera kompak, kamera kompak rata-ratanya hanya memiliki zoom optikal 3 kali.

Canon EOS 7D
Canon EOS 7D

Kamera SLR digital pula adalah yang paling mahal dan paling maju. Contoh kamera ini adalah seperti Canon EOS 7D .Ia juga paling berat. SLR bermaksud Single Lens Reflex. Kamera ini mempunyai cermin untuk memantulkan gambar. Perbezaan ketara kamera ini adalah lensa kamera boleh ditukar. Lensa boleh ditukar kepada lensa sudut lebar(wide-angle) atau fotografi jarak jauh selain menggunakan kanta yang lebih berkualiti tinggi. Biasanya kamera jenis ini dimiliki oleh jurugambar profesional, wartawan atau peminat fotografi kerana boleh mengambil gambar lebih tajam dan berkualiti. Konfigurasi kamera ini juga lebih banyak dan boleh pula ditukar mengikut selera. Boleh memilih mod auto atau mod manual.

Kesimpulannya, pilihlah kamera yang sesuai untuk anda. Jangan terlalu mengikut kawan jika kawan membeli DSLR kita pun hendak membelinya sedangkan kita tak mahir menggunakannya.

5 thoughts on “Memilih jenis kamera, Kamera kompak, semi-kompak atau DSLR”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.