Telefon bimbit yang dikatakan bakal dilancarkan pada 2010 didapati sudah berada dipasaran Malaysia. Telefon ini mempunyai ciri-ciri tersendiri dan bukanlah telefon Xpressmusic seperti Nokia 5800. Antara cirinya adalah pilah warna yang lebih banyak iaitu 5 warna.
Telefon ini mempunyai 3G, tetapi tiada WiFi, bersesuaian dengan harganya dibawah RM1000 iaitu antara RM850-RM950. Dengan telefon ini, pengguna dapat memuatturun kandungan, lagu-lagu dari Nokia Music Store, aplikasi atau perisian, permainan, video atau perkhidmatan yang lain ditawarkan oleh Nokia Ovi terus melalui telefon bimbit.
Menawarkan penyelesaian yang lengkap menggunakan A-GPS dan versi terbaru Ovi Maps, mercutanda 3 dimensi bagi lebih 200 bandar beserta medan pandangan bagi pejalan kaki dan navigasi kenderaan.
Nokia 5230 mampu memainkan lagu selama 33 jam tanpa henti. Yang lebih menarik, headphone jack 3.5mm boleh digunakan pada telefon ini. Selain itu, fungsi media bar membolehkan akses cepat kepada media kegemaran dan aplikasi, seperti muzik, foto, Youtube atau Ovi Share.
Telefon ini sesuai bagi yang masih tercari-cari telefon sesentuh yang berharga dibawah RM1000.
hohoho macam menarik ni.. harga dia pon murah.. hehehe boleh try ni..
.-= topo´s last blog ..saksikan episod baru upin dan ipin petang ini… =-.
Beli, beli jgn tak beli. Topo memang sesuai hp ni. Tapi sayang tak ada WiFi.
ni tak fully touch screen kan? yg menu tu still kena tekan button ke?
.-= beliamuda´s last blog ..Young Doctor Programme Series: A Lifetime Experienced at HUSM =-.