Honda BR-V dilancarkan secara rasmi hari ini dengan harga yang menarik.  Ianya dalam kategori SUV khas untuk pasaran ASEAN dengan pemasangan tempatan menampilkan 2 varian iaitu E dan V. Bagi varian E harga mula adalah RM85,800 manakala bagi varian V harganya adalah RM92,800. Lima warna ditawarkan – Taffeta White, Golden Brown Metallic , Lunar Silver Metallic, Modern Steel Metallic dan Dark Ruby Red Pearl.

SUV ini dikuasakan oleh enjin 1.5L SOHC i-VTEC membekalkan 120 PS pada 6,600 rpm dan 145 Nm torque. Penggunaan minyak secara ekonomi adalah 15.5km bagi setiap liter.

Spesifikasi Malaysia adalah berbeza sedikit daripada Indonesia, Thailand, Filipina dan India dimana setting damper berbeza disamping perlengkapan NVH di dinding sekat, papan pemuka, pintu, bonet, lantai, lapisan bumbung dan stereng untuk pengalaman pemanduan yang lebih selesa.

Untuk keselamatan, BR-V dilengkapi dengan 2 beg udara depan, tali pinggang keledar tiga mata untuk semua tujuh kerusi, ISOFIX kanak-kanak di barisan kedua, Vehicle Stability Assist (VSA), ABS, EBD, Hill Start Assist (HSA) dan sensor undur. Ciri-ciri ini adalah standard bagi kedua-dua E dan V, tapi varian V mendapat kamera rearview tambahan. BR-V telah mendapat 5 bintang ASEAN NCAP.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Enable Notifications.    Ok No thanks