Honda_City_RS_EVHonda City RS EV kini boleh ditempah mulai hari ini dengan harga RM105,950 dengan pengecualian cukai sehingga 30 Jun. City RS EV menggunakan enjin hibrid terbaru 1.5 liter Atkinson-cycle DOHC i-VTEC dengan 127Nm tork serta 2 motor elektrik yang dapat menjana kuasa sehingga 109 PS dan 253 Nm tork. Kelajuan maksima enjin ini adalah 173 km/j dengan masa 9.9 saat untuk mencapai 0-100km/j. Pengenalan vaian baru adalah rentetan daripada pengenalan generasi kelima Honda City yang telah diperkenalkan sejak Oktober tahun lepas.
Apa yang menarik, kereta ini turut dillengkapi Honda Sensing. Antara ciri Honda Sensing adalah:

  1. Adaptive Cruise Control (ACC)
  2. Collision Mitigation Braking System (CMBS)
  3. Forward Collision Warning (FCW)
  4. Lane Keeping Assist System (LKAS)
  5. Road Departure Mitigation (RDM)
  6. Lane Departure Warning (LDW)
  7. Auto High-Beam (AHB)

Terdapat tiga pilihan warna yang boleh dipesan iaitu : Passion Red Pearl, Modern Steel Metallic dan Platinum White Pearl.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.