Sebelum ini ada ura-ura Perodua bakal memperkenalkan kompak SUV pada suku kedua tahun ini. Walaubagaimanapun ianya mungkin tidak kesampaian kerana mungkin dengan situasi sekarang agak sukar. Dikatakan Perodua D55L akan bersaing dengan Proton X50 yang sekarang ini sedang giat dalam percubaan seluruh negara dan mungkin dilancarkan sekurang-kurangnya tahun ini juga.

Perodua D55L dikatakan akan dibangunkan atas platform Daihatsu Rocky dan disebabkan pandemik, pengenalan model ini hanya akan dizahirkan pada 2021. Perodua juga dikatakan sedang giat menaiktaraf kemudahan pengeluaran dengan pelaburan awal RM1.06 billion, dua kali ganda pelaburan pada tahun 2019. Peningkatan ini adalah persediaan untuk plan permodenan dan juga untuk persedian model akan datang terutamanya segmen SUV.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.