Google akhirnya melancarkan secara rasmi telefon pintar mereka yang terbaru iaitu Nexus S selepas beberapa gambar spyshot tersebar di internet. Telefon pintar ini turut dikuasakan oleh Android versi terbaru iaitu Android 2.3 dengan nama kod Gingerbread.

Nexus S adalah kerjasama antara Samsung dengan Google dimana versi Nexus kali ini adalah berdasarkan Samsung Galaxy S. Galaxy S juga merupakan salah satu telefon pintar terlaris keluaran Samsung dan juga terdapat beberapa variasi dan nama tertentu bagi rangkaian di US.

Nexus S dilengkapi dengan pemproses 1GHz Hummingbird dengan memori 16GB. Google dakwa ianya telefon terpantas dalam pasaran sekarang ini. Telefon pintar ini turut dipasang dengan aplikasi standard google dengan semua ciri-ciri telefon pintar high-end. Satu ciri yang menarik adalah telefon ini menyokong NFC(Near Field Communication).

[via][via]

2 thoughts on “Google Nexus S dilancarkan secara rasmi”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.