Desas-desus Samsung Galaxy S7 Edge hitam berkilat akan dilancarkan minggu ini

Terdapat desas-desus bahawa Samsung akan melancarkan Galaxy S7 Edge hitam berkilat pada Jumaat ini 9 Disember di Korea Selatan. Secara khususnya ianya akan dipanggil Black Pearl. Jika dikira berita ini sudah kedengaran bulan lepas apabila gambar bocor tersebar yang menunjukkan telefon pintar ini dari pelbagai sudut.

Dari segi spesifikasi dikatakan sama seperti versi sebelum ini hanyalah storan ditingkatkan kepada 128GB. Samsung belum ada pengumuman rasmi berkenaan dengan hal ini tetapi boleh jadi juga dalam beberapa hari ini. Masih tiada maklumat tentang harga dan bila model ini akan dipasarkan keluar dari Korea Selatan.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.