mi_mix-whiteLagi berita berkenaan Mi Mix selepas gambar bocor Mi Mix 5.5 inci terdapat pula gambar bocor Mi Mix berwarna putih. Pada ketika ini hanya warna hitam Mi Mix dikeluarkan dalam kuantiti terhad, walau bagaimanapun  tidak lama lagi mungkin terdapat varian Mi Mix berwarna putih seperti yang ditonjolkan dalam gambar bocor ini.

Selain daripada warna sepatutnya tiada apa-apa perbezaan dari segi spesifikasi. Sekiranya tidak tahu Mi Mix dikuasakan oleh chipset Snapdragon 821 dan paparan 6.4 inci. Peranti datang dengan pilihan 4GB RAM dan storan 128GB atau 6GB RAM dan storan 256GB.

Dari segi kamera telefon pintar ini mempunyai 16MP kamera belakang dan 5MP bahagian depan. Ianya berjalan atas Android 6.0 Marshmallow dan dikuasakan oleh bateri 4400mAh.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.