Wishlist gajet tahun ini

Tahun 2012 tahun mencabar. Dari awal tahun lagi banyak perkara berlaku dalam hidup aku. Walaupun begitu hidup perlu diteruskan.

Tahun ini rasanya ada beberapa gadget yang aku nak beli. Nak tukar handphone baru kepada Nokia Lumia atau tukar kepada iPhone. Aku juga berkenan dengan tablet iPad. Laptop pun rasa nak tukar juga disebabkan laptop sekarang yang menggunakan Core 2Duo dah obsolete. Sekurang-kurangnya pakai laptop Core i5. Sekarang ni dah boleh dapat dengan harga kurang dari 2 ribu. Kalau masa sekolah dulu harga laptop tidak kurang dari 5ribu. Dulu aku suka mengumpul sisipan akhbar utusan megabait yang memaparkan artikel berkenaan dunia IT. Dari situlah menarik minat aku pada bidang IT.
Rasanya nak beli jam tangan juga. Nampak Casio Edifice macam lawa, tapi sayangnya harga jam original cecah ribuan. Jam replika pun cecah RM400. Mahal juga walaupun bukan jam asli.

[youtube]Od821MQA-l0[/youtube]

Kasut pun dah teruk ni. Rasanya kena beli juga. Jaket pun. Teruk gile kalau jaket tak boleh handle sejuk datacenter.

Dua bulan lagi sebelum jejak bulan Ramadhan. Rasanya kalau nak ganti puasa inilah masanya sebelum sampai bulan yang diberkati. Bagi pengantin baru dah boleh la one-two-som balik kampung sape. Hihi…

Bulan Mei ni boleh kata bulan sibuk juga. Bulan depan pun belum tentu lagi. Bulan depan ada bengkel IPV6 lagi. Harap bulan depan ada banyak masa untuk berehat.

 

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.