Home » misc

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin

14 September 2009 16 Comments

raya

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pelawat inertz.com.

Puasa tinggal berapa hari aje lagi kan. Kira masing-masing dengan mood raya dah ni.

Sesiapa yang naik moto tu diharap bawa moto hati-hati, jangan merempit. Yang bawa kereta tu juga hati-hati. Jangan la disebabkan nak cepat sampai keselamatan diabaikan. Biar lambat asal selamat. Kalau mengantuk rehat lah sekejap di R&R.

Aku mungkin akan balik pada 17 atau 18 haribulan. Rindu betul dengan kampung. Kira minggu ni minggu terakhir kerja la sebelum balik kampung. Kira jasad ada kat sini tapi jiwa dan minda dah ada kat kampung dah ni. Hehe…

Dikesempatan ni juga aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada pelawat blog tak popular ni. Jika ada tersilap tulis dan ada menyinggung sesiapa diharap mohon ampun.

Aku akan bercuti dalam lebih kurang seminggu. Jadi dalam masa tu tak ade la update blog.

rindu di aidl fitri mp3 | lyrics

free music downloads | music videos | pictures

(wait the song fully loaded before play)



16 Comments »

  • admin (author) said:

    Sori, lagu xleh disable autoplay.

  • topo said:

    aku dapat ping back dari post ni.. tapi aku xjumpa mana link dia.. ape rahsia beb?
    .-= topo´s last blog ..5 kuih raya kegemaran topo… =-.

  • admin (author) said:

    Dah berbulan-bulan aku pikir kenapa trackback aku tak menjadi. Rupanye senang aje. Ko tambah je kat hujung tu /trackback/

    Ni kira eksperimen la. Akhernya menjadi.

  • megat said:

    tak sama ke pakai trackback kat ruang pos baru!?
    .-= megat´s last blog ..Silaturrahim Antara Blogger, Penangan Internet Dan Blog =-.

  • admin (author) said:

    Instead letak dalam post dan link kan ke blog lain, aku letak je kat bahagian Send Trackback. Patutla sebelum ni aku try trackback dari blog sendiri pun tak jadi. Sepatutnya tak payah letak /trackback/ tapi bile tak letak, tak jadi. Mungkin sebab themes atau plugins.

  • megat said:

    salam aidilfitri dari megat.net 😉
    .-= megat´s last blog ..Silaturrahim Antara Blogger, Penangan Internet Dan Blog =-.

  • admin (author) said:

    Salam AidilFitri untuk Megat.net juga.

  • Kujie said:

    Ohhh…
    Anak mudo di rantauan
    Pulanglah kito bersamo
    Berhari rayo…

    Jom kito kelik kapong…

    Selamat Menyambut Aidilfitri 1430H kepada semua †Semoga Allah memberkati setiap perjalanan hidup kita. Maafkan segala kekhilafan saya yang ada, yang zahir atau yang batin, yang sengaja atau yang tidak, baik yang tersurat apatah lagi yang tersirat…
    .-= Kujie´s last blog ..Jalinan ini bermula dari rasa atas nama sayang =-.

  • admin (author) said:

    Ni macam nak balik Nogori je ni. Jap, kelik tu jadi kelate plak. Selamat hari raya gak untuk Kak Jie.

  • mohdisa said:

    selamat hari raya maaf zahir dan batin. 🙂
    .-= mohdisa´s last blog ..Salam Lebaran Dari Mohd Isa =-.

  • admin (author) said:

    Selamat hari raya Aidilfitri gak kepada MohdIsa.

  • KNizam said:

    semua dah menggila nak raya neh. hehe 🙂

    – – – – –

    selamat hari raya aidilfitri 1430h
    maaf zahir batin. hehe 🙂

    Bertukar senyuman dan salam ziarah-menziarahi
    Tutur dan kata yang sopan saling memaafi
    Suasana hari raya walau di mana pun jua
    Memberikan ketenangan dan mententeramkan jiwa
    .-= KNizam´s last blog ..Selamat Hari Raya Aidilfitri 1430H, Maaf Zahir Batin †Ikhlas Daripada KNizam.com, MakanMalaya.com & TreasureHuntMalaya.com ! Dam Dam Dummm Hehe 🙂 =-.

  • admin (author) said:

    KNizam. Apa yg spesel kat Melaka ye raya ni?

  • zool said:

    Selamat Hari Raya gak untuk anda..
    .-= zool´s last blog ..Percubaan Suara =-.

  • admin (author) said:

    Selamat Hari Raya gak untuk Zool. Tentu meriah raya tahun nie kan.

Leave your response!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.