Peneraju dalam bidang penyelesaian sumber terbuka hari ni telah mengumumkan perisian sistem operasi terbaru daripada mereka iaitu Red Hat Enterprise Linux 5.3. Perisian ini adalah berbayar dan sekiranya mahukan perisian sumber terbuka anda bolehlah mendapatkan Fedora ataupun Centos.

Beberapa ciri-ciri menarik bagi perisian ini adalah :

  • Sokongan virtualization termaju-menyokong sehingga 32 virtual CPU dan sehingga 80GB memori. Bagi server pula ianya menyokong sehingga 126 CPU dan 1TB memori.
  • Menyokong pemproses Intel Core i7 (Nehalem)-Ini adalah pemproses 4 teras terbaru dari Intel, pemproses termaju dari Intel ini adalah yang terbaik selepas pemproses Intel Pentium Pro.
  • Sokongan penuh dengan OpenJDK-perisian ini adalah versi sumber terbuka daripada Java SE 6. Red Hat menyokong penuh perisian ini .

Berita penuh, sila rujuk http://inertz.org/2009/01/21/red-hat-enterprise-linux-53-now-available-with-leading-virtualization-performance-and-next-generation-java-and-processor-support-capabilities/

One thought on “Red Hat Enterprise Linux 5.3 kini boleh didapati dengan keupayaan virtualization termaju serta generasi terkini java disamping menyokong pemproses terbaru”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.