Pemalu lambat dapat jodoh?

Aku dulu kat sekolah seorang yang pemalu. Orang pemalu biasanya tak diangkat jadi pemimpin. Jadi masa sekolah dulu aku cumalah pelajar biasa dan bukan pengawas. Pernah jadi pengawas pusat sumber dulu mungkin disebabkan oleh keputusan exam yang baik kot. Kalau menyingkap balik zaman sekolah dulu, memang banyak kenangan pahit dan manis.

Sifat malu aku berterusan aku rasa sampai lah aku mula nak cari kerja. Sifat malu ni juga datang dengan kurang keyakinan diri. Masa aku mula-mula cari kerja dulu, aku tak dapat. Mungkin bos yang interview aku tu tengok aku macam malu-malu dan macam tak yakin. Dan aku tak dapat kerja tu pada mulanya. Tapi disebabkan aku tak berputus asa, peluang sekali lagi aku dapat kerja tu lepas interview kali kedua dengan syarikat yang sama.

Kalau dulu kat sekolah, aku akan berdebar-debar kalau cakap dengan perempuan( serius). Tambah pulak kalau perempuan tu yang kita suka. Nak cakap kat dia kita suka dia malu. Haish..

Tu cerita dulu. Cerita sekarang ni malu tu dah beransur hilang. Bukannya tak ada sampai tak tahu malu, tapi malu dalam keadaan tertentu la. Yang berpada-pada. Aku dah buat mindset yang malu tu cuma wujud dalam kepala kita aja. Serius berkesan. Kalau sekarang, nak cakap dengan customer pun tak ada masalah. Tak ada malu lagi. Cakap dengan customer bukan Melayu biasanya aku cakap dalam bahasa Inggeris tanpa masalah. Boleh bercakap dengan yakinnya. Sampaikan ada customer aku dulu menawarkan aku kerja jadi penterjemah persidangan, tapi aku tolak sebab aku tak minat dengan kerja macam tu. Aku lebih suka pada bidang teknikal.

Setelah aku dapat track balik member-member lama aku kat Facebook, memasing aku tengok dah beranak pinak. Yela, kalau yang pompuan tu tahun ni masing-masing dah menjangkau umur 30 tahun, kalau tak kawin lagi tak logik la. Budak-budak sekolah aku masa 97 dulu memang cun2. Cuma aku je la bujang lagi. Lambat sikit kot. Maklum la pemalu, lambat dapat jodoh.

p/s: Pemalu lebih baik dari tak tau malu.

7 thoughts on “Pemalu lambat dapat jodoh?”

      1. tak jgak..ak pemalu smapai skrg tak ader bf..bkn tak ader org nak kot..tapi bile org nak usyah jer ak macam lari2..sampai org cakap sombong..sekarg ak yang pening n kusut bilke balik kg makcik2 sebuk tanyer bile lagi..ak rase ak bkn tue sgt kot baru 23 tahun tapi macam risau tahap gaban jer bile member2 dah kahwin ader tu siap dah ader anak lagi…

  1. aku masih bdk sekolah..masalah aku same dgn penulis ni mse zaman persekolah..masalahnyee aku malu ckp ngan pompuan..kalo ckp dgn perempuan mmg x tau nk ckp pe..ayt aku berbelit-belit..kdg2 pempuan dtg kt aku..aku dok diam je..aku bengang btl kt diri aku ni..dh ade awek dtg x tau nk ckp pe..spe sni blh tlg aku cam mne nk jdi jentel skit ngan pompuan..

    1. saya pun ada masalah yg sama…. sgt malu utk bercakap ngan lelaki. mungkin disebabkan sy bersekolah all girls dan sekolah agama. Di universiti pun sy cuma bergaul dengan rakan perempuan sahaja. Apabila bercakap dengan lelaki sy selalu memandang ke bawah (mungkin sbb ustazah ajar kita kena slalu menjaga dan menundukkan pandangan… hehe masalahnya sy apply x kena tempat). Sy pun akan selalu blur dan selalu lambat bg respon kalo bercakap ngan lelaki… sbb di fikiran sy apa aku patut cakap ya… jd nya lelaki yg kena selalu soal sy dan sy jawab sepatah-patah. sedangkan sy berminat utk bersembang… tp disebabkan malu sgt sy jd sgt2 blur dan pendiam… Jadi ramai yg ingat sy sorg yg sombong. =(

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.