Home » Linux

Membuat partisi cakera dalam LINUX

8 November 2014 No Comment

a) membina ruang untuk LINUX

Sebelum LINUX boleh dipasang pada komputer perkara yang perlu dipertimbangkan adalah ruang untuk memasang LINUX. Sesetengah orang akan membuang terus WINDOWS daripada komputer mereka sekiranya ruang tidak mencukupi. Sesetengahnya pula lebih selesa dengan tidak membuat perubahan drastik seperti itu tetapi hanya bercadang supaya LINUX dapat dipasang bersama – sama dengan Sistem Pengoperasian lain. Cara yang paling mudah untuk menyelesaikan masalah ini adalah membeli cakera keras yang lain memandangkan harganya yang tidaklah semahal mana. Sekiranya Sistem Pengoperasian lama masih diperlukan ataupun tidak mampu untuk membeli cakera keras yang baru apa yang perlu dilakukan adalah defrag(penyusunan- satu proses dimana data akan disusun bermula pada blok yang pertama) menjadikan ruang untuk Sistem Pengoperasian lama kecil sedikit dan membenarkan LINUX dipasang pada ruang yang tinggal.

partisi_linux

b) partisi cakera keras

Membuat partisi pada caqkera keras adalah langkah yang penting dan perlu diketahui walaupun sesetengah pakej LINUX misalnya REDHAT membenarkan kita memasangnya pada partisi WINDOWS. Perlu diketahui juga setiap bahagian partisi mewakili bahagian LINUX yang berbeza. LINUX biasanya menggunakan utiliti Disk Druid untuk membuat partisi. Disk Druid juga adalah utiliti yang biasa didapati pada kebanyakan pakej LINUX. Bila sesuatu partisi diformatkan kita akan memadam semua data yang terdapat pada partisi tersebut. Semua partisi baru adalah kosong dan perlu diformat. Sekiranya terdapat data yang amat diperlukan langkah yang boleh dilakukan adalah dengan cara backup data tersebut sebelum diformat.

CADANGAN 1GB PARTISI

Mount Point Minima(MB) Maksima(MB)
/ 30 80
/usr 400 500
/usr/local 100 200
/var 100 100
/home 100 100
/swap 2.5x dari ram 2.5x dari ram

CADANGAN 4GB PARTISI

Mount Point Minima(MB) Maksima(MB)
/ 30 80
/usr 400 1000
/usr/local 200 300
/var 100 200
/home 100 1000
/swap 2.5x dari ram 2.5x dari ram

Partisi juga boleh terdiri daripada mount point / dan swap sahaja

c) sistem LINUX

Fail sistem LINUX adalah seperti pokok terbalik. Akar pokok diwakili sebagai tanda / (slash) dan dinamakan root (akar). Dahan, ranting dan daun terletak dibawah akar. Dahan adalah titik mount (mount point), ranting adalah direktori manakala daun adalah fail.

Biasanya LINUX memerlukan sekurang –kurangnya partisi root dan swap (selalunya bagi sistem yang mempunyai ram yang kurang daipada 16 MB). Secara teorinya swap partisi tidak perlu bagi sistem yang mempunyai ram yang cukup kelebihannya hanyalah boleh menjalankan lebih banyak program berbanding dengan memori sebenar.

d) memilih partisi cakera

LINUX boleh dipasang dengan pelbagai cara. Salah satu caranya ialah dengan memasang semuanya termasuk fail – fail di dalam satu partisi yang besar. Cara ini ada kekurangannya kerana sekiranya kita hendak memasang semula LINUX atau menaiktaraf sistem kita terpaksa backup semua data yang perlu.

Cara yang terbaik adalah menyediakan partisi bagi setiap fail sistem seperti:

  • partisi root yang ditandakn sebagai / ( iaitu direktori akar) dimana kernel utama sistem LINUX terletak dan hanya perlukan 30 – 50 MB sahaja
  • partisi swap dimana membolehkan LINUX memanfaatkan memori maya yang terdapat pada sistem. Misalnya sekiranya jumlah memori dalam sesuatu komputer adalah 16 MB maka memori maya juga 16 MB bagi membolehkan jumlah memori yang terdapat pada sesebuah komputer menjadi 32 MB.
  • Partisi /home – kebanyakan direktori pengguna ditempatkan disini dan ianya depengaruhi oleh berapa ramai pengguna yang hendak menggunakan sistem.
  • Partisi /usr/local – diperlukan untuk menyimpan program yang lain daripada pakej LINUX seperti Star Office. Dengan cara ini kita boleh mengelakkan kehilangan data kerana partisi ini tidak perlu diformatkan jika hendak memasang semula atau menaiktaraf sistem LINUX.
  • Partisi /usr – kebanyakan program yang terdapat pada pakej akan dipasang pada partisi ini

Partisi berikut merupakan pilihan

  • partisi /opt – partisi ini diperlukan sekiranya untuk memasan perisian lain. Sesetengah perisian akan terus dipasang pada partisi ini.
  • Partisi /tmp – partisi yang diperlukan bagi fail sementara untuk sistem yang besar bagi menyokong pengguna yang ramai ataupun untuk kegunaan pelayan rangkaian
  • Partisi /usr/src – menyimpan kod sumber LINUX


Leave your response!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.