Satu-satunya tujuan aku pasang program clusterssh adalah untuk memudahkan aku menguruskan pelbagai sesi Linux SSH dalam satu masa. Pastikan pelayan Xming untuk Windows telah terpasang dan berjalan tanpa masalah. Bagi siapa yang tidak tahu apa itu Xming, ianya adalah salah satu implimentasi pelaksanaan pelayan X untuk Windows.
Perkara pertama yang perlu kita lakukan adalah memasang ‘Windows Subsystem for Linux’. Program ini membolehkan aku pasang OS Linux di atas Windows. Selepas dipasang, kita perlu reboot PC.
Setelah selesai reboot, pergi ke Microsoft Store dan pasang OS yang dikehendaki. Semasa blog ditulis, Kali Linux, Debian, SuSE Linux Enterprise Server, OpenSuSE dan Ubuntu disokong. Aku dah cuba OpenSuSE dan Debian untuk Clusterssh. Lepas tu kita perlu buat pengguna untuk pelayan dan set root password sama dengan pengguna bagi memudahkan urusan. Sejak aku memang biasa dengan SuSE aku pasang OpenSuSE.
Pada asasnya jika anda biasa dengan Linux distro anda mungkin perlu menambah repo tertentu kepada pelayan. Dan distro tertentu tidak perlu menambah repo.
Debian dan Ubuntu menggunakan arahan yang sama untuk memasang program iaitu ‘apt-get install clusterssh’ sementara SuSE menggunakan arahan ‘zypper in clusterssh’
Anda juga mesti memasang pelayan X asas, xterm, dan xhost dalam pelayan Linux yang telah anda buat.
[bash]
zypper install xorg-x11-server
zypper in xterm
zypper in xhost
[/bash]
Pastikan tetapan dibawah diterapkan di dalam /etc/ssh/sshd/config
[bash]
DESKTOP-BILT70P:/home/hostmaster # grep X /etc/ssh/sshd_config
X11Forwarding yes
X11DisplayOffset 10
[/bash]
Laksanakan arahan ClusterSSH dengan menaip ‘cssh’ dan jika semuanya berjalan lancar, anda dapat melihat popup untuk arahan dan isian konfigurasi baru akan dibuat di bawah folder home.
[bash]
Created new configuration file within $HOME/.clusterssh/
[/bash]
Sekiranya terdapat ralat ketika hendak buka Clusterssh contohnya seperti dibawah, boleh cuba panduan yang diberikan.
[bash]
gatekeeper@localhost:~> cssh
Connection to server failed — (version 11.0)
No protocol specified
at /usr/lib/perl5/vendor_perl/5.26.1/App/ClusterSSH.pm line 1983.
gatekeeper@localhost:~> echo $DISPLAY
:1
gatekeeper@localhost:~> su
Password:
localhost:/home/gatekeeper # xhost +
access control disabled, clients can connect from any host
localhost:/home/gatekeeper # echo $DISPLAY
:1
localhost:/home/gatekeeper # cssh
Created new configuration file within $HOME/.clusterssh/
localhost:/home/gatekeeper #
[/bash]
Jika terdapat error seperti;
[bash]
Can’t connect to display `unix:1′: No such file or directory at /usr/local/share/perl5/X11/Protocol.pm line 2264.
[/bash]
Laksanakan arahan;
[bash]
export DISPLAY=localhost:1.0
[/bash]