Melantak seafood adalah aktiviti yang aku idamkan sekian lama. Sebelum aku xde mud nak tulis benda ni baik aku buat. Sejak dua mejak ni agak sibuk dan tak berkesempatan nak menulis, jadi kurang sikit la update.
Aku nak cerita sikit tentang pengalaman jalan kat Klang untuk cari Tanjung Harapan tempat melantak seafood yang glamer kat Klang tu. Orang Klang mesti tau Tanjung Harapan kan.
Malam semalam aku dengan member aku En Janggel telah pergi ke Klang dengan tujuan suci murni iaitu makan Seafood. Tah macam mana le dia boleh terlintas mengidam nak makan seafood Tanjung Harapan tu.
Disebabkan kami tak tau jalan, jadi main redah je la. Memang kelakar la kalau main redah-redah ni. Confirm sesat dan emmang sesat pun. Sepatutnya jalan asal yang kami ambil tu dah betul, tapi disebabkan tak tau tempat, habis terpusing-pusing Klang. Mak kau, Klang luas bebeno.
Dan disaat kami dah confirm jalan yang diambil tu betul tetiba satu peristiwa menyayat hati berlaku pada kereta. Nasib baik En Janggel ada sepupu yang tahu jalan ke Tanjung Harapan tu. Jadi beliaulah yang bawa kami sampai ke destinasi.
Restoran Muara Ikan bakar tu memang kat muara sungai pun. Kalau siang tentu dapat tengok kapal. Rasa macam best je kalau pegi petang-petang, mungkin boleh nampak matahari terbenam. Tapi tempat dia tepi-tepi muara tu memang gelap la. Memang tempat berendek agaknya. Haha…
Masa kitaorang pergi tu orang memang ramai. Maklum le hari cuti agaknya. Parking memang penuh. Jadi bagi yang bekeluarga tu kalau teringin makan ikan fresh, sini la tempatnya. Bagi couple, tempat ni macam tempat bermadu kasih je. Dah le gelap. Kalau korang pg korang tau la.
Kat tepi-tepi muara tu ada disusun batu-batu. Agaknya petang-petang orang memancing kot. Nasib baik tak bawa pancing, kalau tak, dah lame tauk. Haha. Tak makan seafood pun takpe.
Lokasi jalan-jalan cari makan seafood tu kat sini : http://wikimapia.org/#lat=3.0113074&lon=101.3600564&z=18&l=0&m=b&v=8
Sedikit gambar untuk tatapan mata.
p/s: Rupanya kat sini kolam memancing ikan air masin Sea Lion tuh. Hehe, kalau ada rezeki nanti aku datang.
wah, best….lama tak pegi, tapi last week baru teringat nak pegi
.-= 1tomyam´s last blog ..Proton Lotus Evora Sedia Di Pasaran Malaysia Penghujung Mac =-.
Nak repeat ni tentu sedap kan?
serius sedap wehh makan kat sini..cume harge a mahal skit..tapi puas hatii
.-= Neo´s last blog ..Hasil Editan ke 2 =-.
Yeke mahal. Ikan ikut harga market kot. Tu pasal la.
fuh memang pengalamn yg best!
.-= Jangel´s last blog ..Sengal =-.
Yob. Member aku cakap kat jeram lagi sedap. Kat mana le tu ye.
jeram tu kat aroma ikan bakar,mmg sedap n murah kat situ tau..
Yeke, Akan sampai situ gak nanti. Yes.
Makanan di Tanjong harapan benar-benar baik. ikan ada benar-benar segar. Saya cuba untuk mendapatkan teman-teman saya dari Putrajaya untuk datang untuk mencuba ikan di sini, tapi mereka mengatakan terlalu jauh, aku bahkan menyarankan untuk menginap di sebuah
hotels in klang. Mungkin selepas menunjukkan blog anda, mereka akan datang.
kt seafood tanjung harapan neh ad jual belangkas x ea..?
or mne nk dpt belangkas kt restoran seafood area selangor neh..?jeram ad x.?mengidam lew…..huhu
Rasanya haritu pergi takde.
kt mane yg xd?
yg dkt muara tanjung harapan ke jeram?
ad x taw kat mane2 nk dpt belangkas?