Ini merupakan kali kedua aku tak balik kampung untuk beraya dek kerana PKP. Tahun lepas pun sama juga. Nasib baik masih boleh balik kampung lepas tu. Harap virus ni akan tamat tahun ni jugak. Kalau tidak memang agak sukarlah nak balik kampung takut terkena kat orang kampung pulak. Baru je telefon mak beberapa hari lepas. Mak kat Taiping pun cakap raya tahun ni tak meriah. Sebab anak-anak tak balik. Yang ada kat kampung pun tak boleh berziarah sebab tak dibenarkan. Tambahan pulak kawasan Taiping boleh tahan jugak kes kat sana. Kuih raya pun tak buat banyak. Buat yang ringkas je macam biskut conflakes. Ataupun nanti nak buat kek red velvet. Raya ni mungkin nak buat soto nasi. Harapnya tahun ni adalah tahun terakhir kita beraya dalam PKP. Apapun Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.