Home » Uncategorized

Jaga parkir haram kat Low Yat dan Imbi Plaza

13 March 2010 6 Comments

Kalau siapa yang selalu pergi Low Yat atau Imbi Plaza naik moto untuk jalan-jalan barang PC tentu perasan tentang penjaga parkir haram.

Sebenarnya letak motor kat Imbi Plaza terutamanya mana kena bayar, tapi ada juga mamat yang jaga.

Benda ni bukan baru tapi dah lama, sejak dulu lagi. Rasanya kalau kata tak ada operasi mustahil. Kalau ditengokkan mereka ni tak ubah macam kaki pau.

Baru-baru ni masa aku pegi Imbi untuk servey barang, nak parking je dah disambut, punya le nak elak mereka ni. Ceh. Tak pe la, janji aku boleh parking. Oleh sebab hari tu aku bad mood mase balik tu aku terus cabut, walaupun ada mamat jaga parking tu dekat. Orang lain plak tu, bukan mamat yang memula. Diaorang ni ada shift ke?

Seramai sembilan orang ditahan dalam Operasi Jaga Kereta/Motosikal yang dijalankan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi memantau kegiatan penjaga haram parkir di sekitar pusat bandar, malam kelmarin. Operasi siri ke-15 bagi 2010 itu diketuai Ketua Inspektor Azmin Ali dari Bahagian Operasi Jabatan Keselamatan dan Penguatkuasaan DBKL dan disertai dua pasukan terdiri 20 anggota penguat kuasa DBKL.
Azmin berkata, lima daripada mereka ditahan di Jalan Sultan Ismail manakala seorang masing-masing ditahan di Jalan Fatimah, Masjid India; Jalan Lumut, Kompleks Damai dan Jalan Persiaran Hempshire, Jalan Berangan, Bukit Bintang.
Beliau berkata, semua mereka ditahan selepas didapati menjalankan kegiatan memungut upah dengan menjaga parkir haram.
“Cara operasi dijalankan adalah dengan memerhatikan dari jauh gerak-geri penjaga tempat letak kereta secara haram dan sejurus menerima imbuhan, tangkapan akan dibuat.
“Semua mereka juga akan didakwa di mahkamah dan dikenakan tindakan mengikut Seksyen 50 (3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana kesalahan mengarahkan mana-mana orang meletak kenderaan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Operasi selama enam jam itu turut dibantu Inspektor Kanan Mohd Nasir Md Ali dan Pembantu Undang-Undang merangkap Pegawai Pendakwa DBKL, Mohd Irwan Mat.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda maksimum RM2,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama.
Manakala bagi kesalahan kedua dan seterusnya, mereka yang didapati bersalah boleh didenda RM4,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali.
Azmin berkata, operasi kelmarin mensasarkan kawasan pusat bandar dan tumpuan antaranya Jalan Masjid India, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Chow Kit, Bukit Bintang, Bangsar, Brickfields, Damansara dan Sri Hartamas, termasuk kawasan tempat letak kereta awam yang disediakan DBKL.



6 Comments »

  • Piston Pecah said:

    melampau mereka ini sebenarya…mencari rezeki dengan cara yang tidak betul…tidak mengikut undang-undang sebaliknya peraturan mereka sendiri tanpa menghiraukan apa yang dirasakan orang lain.Memang benar nak cari rezeki tapi dengan cara yang betul Pekerjaan biarlah betul,baru rezeki yang diterima itu berkat tapi ini tidak.Buat sesuka hati….
    .-= Piston Pecah´s last blog ..Kamera Digital boleh zoom sejauh 10 KM =-.

  • admin (author) said:

    Betui tu bro. Aku ingat diaorang ni mat pet la. Aku risau gak masa aku blah buat bodo haritu, takut dikejarnye.

  • Ery said:

    Jgn kta dbkl… Mpkb pn sker clamp kereta org suke2 ati jgk… Da la parking sikit… Huhu
    .-= Ery´s last blog ..Konklusi =-.

  • admin (author) said:

    Takpe la kot, Mpkb takde penjaga parking haram kot.

  • imran said:

    Parking HARAM yang telah lama menjadi isu. Mengapa ianya tidak dapat ditangani?
    .-= imran´s last blog ..Blog Protector =-.

  • admin (author) said:

    Tak boleh nak kawal letu te, tangkap masuk jel, orang lain plak ganti jadi jaga.

Leave your response!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.