Home » artikel, misc

Apa kejadahnya SEO dan sitemaps, penting ke?

21 March 2009 3 Comments

Kalau ditanya kepada orang lama dalam dunia blogging, tentu jawab ya. Kenapa SEO penting? SEO yang yang menentukan sama ada laman web atau blog di indeks oleh enjin pencari. SEO tu apa? bukan “seo”, es-ei-o atau dalam bahasa Perancis Search Engine Optimization. Untuk apa bang SEO ni? Untuk jana trafik le. Lagi ramai, lagi meriah. Senang la korang nak jual minyak urat. Kalau nak berguru, pi belajar dengan taukey.

Sebenarnya kalau korang nak tahu(cakap bisik-bisik), dengan WordPress tak perlu susah-susah untuk SEO. WordPress tu sendiri boleh optimize untuk SEO. Cuma kena tahu macam mana nak guna dan kena banyak buat kajian dan percubaan. Nak lagi power download la plugins wordpress All in One SEO. Hasilnya, tengok kat bawah ni.

seo2

Daripada carian google, blog korang akan berada di muka depan carian sekurang-kurangnya. Lagi atas lagi power. Tapi kalau keyword korang banyak pesaing, peluang kat muka depan tu memang payah juga. Cuba tengok trafik hari ini yang datang dari malaysiakini,

seo

tanpa SEO dan sitemaps susah nak masuk malaysiakini. Bukan tak boleh masuk, boleh, tapi mungkin ikut nasib la juga kot. Blog ni dah 2 kali masuk malaysiakini. Ingat senang ke nak masuk. Ada orang kena masukkan “malaysiakini” kat tajuk entry blog dengan harapan blog masuk malaysiakini. Ada orang tambah “Nizar” dalam tajuk entry blog untuk blog masuk malaysiakini. Hehe… siapa tu? Masing-masing ada cara tersendiri.

Sitemaps

Sitemaps apa pula? Sitemap adalah protokol yang benarkan webmaster bagitahu enjin carian tentang URL dalam website yang boleh dicapai. Ianya dalam bentuk xml yang senaraikan link dalam blog kita. Penting yang amat sitemaps ni. Tapi aku malas nak cerita panjang. Korang cari la kat google, google sitemap generator. Untuk plugins wordpress pula, aku cadang korang pasang plugins “XML Sitemap Generator” dengan “Dagon Design Sitemap Generator”. dengan Dagon Design Sitemap Generator korang boleh buat sitemap terus kat WordPress korang macam http://inertz.com/peta-laman



3 Comments »

  • j_hafiz said:

    tak terasa ke lg mesra seo skrg ni?lg senang org jmpe dr search trffic..cek kt feedjit tu

  • admin (author) said:

    Ye betul tu j_hafiz. Feedjit boleh trace traffic datang dari mana. Feedjit tu boleh guna sebagai benchmark untuk banding power ke tak seo kita.

Leave your response!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.