July 18, 2010

Linux OpenSUSE 11.3

Distro Linux ni baru saja dikeluarkan beberapa hari lepas. Aku dah mencubanya dan didapati banyak peningkatan dari versi 11.2. Ada beberapa ciri juga dipertingkatkan. Distro ini juga dilengkapi dengan SpiderOak iaitu online backup percuma yang boleh synchronize fail di Internet.

OpenSUSE 11.3 juga memberikan sokongan kepada netbook serta pengenalan terhadap fail sistem baru iaitu Btrfs juga sokongan terhadap komputer tablet dan komputer berskrin sesentuh seperti HP TouchSmart.

Versi ini juga turut datang dengan GNOME Shell. Untuk maklumat lebih terperinci boleh merujuk kepada link ini. http://wiki.opensuse.org/Product_highlights

May 3, 2010

Ubuntu 10.04 LTS: pandangan pertama

Ubuntu 10.04 ataupun nama kod “Lucid Lynx” baru sahaja dikeluarkan beberapa hari lepas. Versi ini adalah versi LTS atau “Long Term Support” dimana sokongan bagi desktop adalah 3 tahun dan server adalah 5 tahun.

Jika dirujuk pada laman web http://distrowatch.com/ Ubuntu memang popular dan merupakan distro teratas dalam senarai, diikuti oleh Fedora dan Mint. Antara Mint dengan Ubuntu tidaklah berbeza sangat, kerana berdasarkan kepada Debian. Jika mahu feel berbeza cuba bandingkan Ubuntu, Fedora, OpenSuSE dan Slackware.

Pemasangan Ubuntu tidaklah sukar dan amat sesuai bagi pengguna yang baru mahu belajar tentang Linux. Masa pemasangan juga singkat dimana hanya perisian asas dipasang, tidak seperti sesetengah distro seperti OpenSuSE yang memakan masa lebih lama untuk dipasang kerana lebih banyak perisian dipasang. Ianya juga bergantung kepada apa kegunaan distro tersebut dan jika dilihat Ubuntu lebih berientasikan internet.

Adalah menjadi kebiasaan saya apabila memasang Linux, saya akan membuat partition cakera keras sekurang-kurangnya 3 iaitu /boot, / dan swap. Swap tidaklah diperlukan sangat bagi desktop jika memori besar. Dan jika buat partition / pun sudah mencukupi asalkan / diletakkan pada primary partition dan ianya diaktifkan menggunakan fdisk.

Penyediaan partition

Penyediaan partition

Partition secara manual

Partition secara manual

Tukar lokasi bootloader

Tukar lokasi bootloader

Dalam configurasi saya, saya telah membuat partition /boot dan telah mengaktifkan partition itu. Kenapa? Ini adalah kerana saya tidak mahu Grub bootloader memasang bootloader dalam MBR dimana apabila komputer diformat, MBR turut hilang. Untuk membetulkan balik memanglah tidak sukar, tetapi saya tidak menggemarinya.

Dari segi penampilan, memang agak menarik dengan warna unggu serta bebutang “minimize/maximize/close” yang diletakkan sebelah kiri tidaklah sejanggal mana. Percubaan untuk memasang perisian juga nampak tiada masalah.

Mungkin yang sudah mencuba 10.04 menjumpai beberapa bug seperti saya apabila memuat turun kali pertama tidak dapat dipasang, kemungkinan sumbernya sudah rosak. Saya telah memuat turun sekali lagi dari mirror lain dan berjaya dipasang. Ada juga isu ianya hang ketika proses startup dan ketika shutdown. Mungkin disebabkan keserasian perkakasan dan memerlukan penelitian lebih lanjut.

Secara kesimpulannya, Ubuntu lebih mudah dipasang dan amat sesuai bagi pengguna baru yang mahu belajar tentang Linux.

Untuk review lain, bolehlah lawat jomlinux dan syafiq.net. Untuk pandangan pertama OpenSuSE 11.2, bolehlah pergi ke sini.

Carian kesini:

November 15, 2009

OpenSuSE 11.2: Pandangan pertama

opensuse logo_smSelepas OpenSuSE keluar aje, aku dah download distro ni untuk dicuba. Malangnya ada masalah untuk memasangnya ketika itu akibat pemeriksaan MD5 yang tak lepas ketika pemasangan. Setelah dibuat MD5 checksum pada iso, memang didapati MD5 checksum tidak sama. Berkemungkinan data rosak semasa memuat turunnya.

Sekali lagi aku download OpenSuSE tersebut, kali ini menggunakan talian pejabat pula. Setelah selesai, aku terus membuat MD5 checksum dan tiada masalah. Nanti aku buat manual ringkas bagaimana nak periksa MD5 checksum.

Berbalik kepada OpenSuSE, pemasangannya adalah tidaklah sesukar mana. Lebih kurang sahaja dengan pemasangan yang lain, cuma kalau dibandingkan dengan Ubuntu, OpenSuSE terdapat lebih banyak langkah pemasangan.

Perkara-perkara yang terlibat semasa pemasangan adalah seperti pemilihan partition. Biasanya aku akan buat 3 partition sahaja iaitu “/boot”,”swap”, dan “/”. Sejak aku mula pasang Linux, partition /boot tidak pernah aku tinggalkan kerana aku jarang pasang bootloader pada MBR.

OpenSuSE adalah sedikit berbeza daripada Ubuntu, bukan sekadar pepohon direktory yang berbeza, konfigurasi juga ada sedikit perbezaan. Seperti sedia maklum, Ubuntu adalah berdasarkan Debian, manakala OpenSuSE tidak banyak berubah dari versi asalnya iaitu SuSE. SuSE bukanlah sesuatu yang asing bagi aku sebab aku dah menggunakannya sejak versi 6.0 lagi.

Sesuatu yang masih tidak berubah dari dulu adalah Yast iaitu utiliti yang menyerupai control panel dalam Windows. Dalam versi ini, Yast telah dikemaskini dengan pengenalan WebYast. WebYast digunakan untuk konfigurasi sistem OpenSuSE dari jarak jauh melalui browser.

Semasa pemasangan, ada pilihan untuk memasang perisian lain dalam DVD, kita cuma perlu memilihnya, kita boleh memasang perisian pengaturcaraan, perisian pelayan, perisian Virtualization seperti XEN dan sebagainya. Pendek kata, tanpa internet, kita terus boleh memasang perisian yang diperlukan untuk desktop atau pelayan.

Kesimpulannya, OpenSuSE adalah satu distro Linux yang perlu dicuba oleh penggemar Linux terutamanya bagi pelajar IT, tak perlu terikat dengan satu distro sahaja kerana realitinya apabila menempuh bidang pekerjaan, kita mungkin akan menyelenggara sistem yang menggunakan Centos, Redhat, FreeBSD dan sebagainya.

Pemulaan prosess apabila DVD dimasukkan.

Pemulaan prosess apabila DVD dimasukkan.

Pemilihan lokasi untuk Zon masa.

Pemilihan lokasi untuk Zon masa.

Proses pemasangan bermula.

Proses pemasangan bermula.

Melihat pemasangan terperinci.

Melihat pemasangan terperinci.

Paparan apabila selesai pemasangan.

Paparan apabila selesai pemasangan.

Browsing internet menggunakan Firefox.

Browsing internet menggunakan Firefox.

November 15, 2009

Wireless tak jalan dalam OpenSuSE

suse-logo-greenPerkara pertama yang aku perlu setelkan bila pasang OpenSuSE adalah internet. Bahagian sambungan 3G aku dah settlekan.

Sekarang ni bahagian wireless pula.

Secara default, sambungan wireless untuk OpenSuSE 11.2 adalah dikawal oleh network manager KDE. Ada 1 pilihan lagi iaitu menggunakan konfigurasi dalam Yast. Tapi aku tak kan sentuh berkenaan hal tu.

Masalah utama sekarang adalah bukannya wireless tidak boleh bersambung dengan router, tetapi tiada internet sahaja. Semua diperiksa termasuk biasanya masalah ini berkaitan dengan /etc/resolv.conf. Setelah disiasat ianya bukanlah berpunca daripada situ kerana konfigurasi masih ada.

Rupa-rupanya ianya berkaitan dengan routing table.  Senang je nak setlle.

linux-relg:/home/hostmaster # route -n
Kernel IP routing table
Destination     Gateway         Genmask         Flags Metric Ref    Use Iface
192.168.1.0     0.0.0.0         255.255.255.0   U     2      0        0 wlan0
linux-relg:/home/hostmaster # route add default gw 192.168.1.1
linux-relg:/home/hostmaster # route -n
Kernel IP routing table
Destination     Gateway         Genmask         Flags Metric Ref    Use Iface
192.168.1.0     0.0.0.0         255.255.255.0   U     2      0        0 wlan0
0.0.0.0         192.168.1.1     0.0.0.0         UG    0      0        0 wlan0

linux-relg:/home/hostmaster # ping yahoo.com
PING yahoo.com (209.131.36.159) 56(84) bytes of data.
64 bytes from b1.www.vip.sp1.yahoo.com (209.131.36.159): icmp_seq=1 ttl=51 time=205 ms
64 bytes from b1.www.vip.sp1.yahoo.com (209.131.36.159): icmp_seq=2 ttl=51 time=1002 ms
64 bytes from b1.www.vip.sp1.yahoo.com (209.131.36.159): icmp_seq=3 ttl=51 time=206 ms
^C
— yahoo.com ping statistics —
3 packets transmitted, 3 received, 0% packet loss, time 2001ms
rtt min/avg/max/mdev = 205.804/471.503/1002.358/375.371 ms, pipe

Perkara berikutnya aku kena selesaikan adalah driver grafik. Memang agak leceh sedikit untuk pasang driver disebabkan driver auto untuk OpenSuSE 11.2 belum ada repo. Jadi kenalah download driver secara manual.

Untuk pasang driver, ada 3 perisian perlu dipasang. Gcc, make dan kernel header. Bagi kernel header, sila semak kernel dengan menaip uname -a pada konsol.

Grafik 3D dah jalan. Tak guna kalau tak cuba. Install armagetron. Armagetron adalah game moto untuk Linux ala-ala cerita Tron.

linux-relg:/home/hostmaster # zypper install armagetron
Loading repository data…
Reading installed packages…
Resolving package dependencies…

The following NEW packages are going to be installed:
armagetron libmikmod libSDL_image-1_2-0 libSDL_mixer-1_2-0

4 new packages to install.
Overall download size: 1.6 MiB. After the operation, additional 3.5 MiB will be
used.
Continue? [y/n/?] (y): y
Retrieving package libmikmod-3.1.11a-118.1.x86_64 (1/4), 153.0 KiB (412.0 KiB unpacked)
Retrieving: libmikmod-3.1.11a-118.1.x86_64.rpm [done (70.1 KiB/s)]
Installing: libmikmod-3.1.11a-118.1 [done]
Retrieving package libSDL_image-1_2-0-1.2.7-5.3.x86_64 (2/4), 39.0 KiB (82.0 KiB unpacked)
Retrieving: libSDL_image-1_2-0-1.2.7-5.3.x86_64.rpm [done (0 B/s)]
Installing: libSDL_image-1_2-0-1.2.7-5.3 [done]
Retrieving package libSDL_mixer-1_2-0-1.2.8-157.3.x86_64 (3/4), 79.0 KiB (202.0 KiB unpacked)
Retrieving: libSDL_mixer-1_2-0-1.2.8-157.3.x86_64.rpm [done (68.0 KiB/s)]
Installing: libSDL_mixer-1_2-0-1.2.8-157.3 [done]
Retrieving package armagetron-0.2.8.2.1-3.5.x86_64 (4/4), 1.3 MiB (2.8 MiB unpacked)
Retrieving: armagetron-0.2.8.2.1-3.5.x86_64.rpm [done (94.6 KiB/s)]
Installing: armagetron-0.2.8.2.1-3.5 [done]

Sekian. Nota ringkas untuk simpanan aku.

Carian kesini: