Home » misc

UFO muncul di Perth

10 August 2009 No Comment

perth_ufoSeorang penduduk di sini yang sedang merakamkan imej suasana malam bandar Perth dikejutkan dengan kemunculan dua cahaya misteri, lapor sebuah akhbar semalam.

Imej itu yang berbentuk seperti piring terbang berwarna hijau dan satu cahaya merah dirakamkan pada pukul 7.45 petang waktu tempatan pada 7 Ogos lalu.

Dia yang juga pembaca akhbar itu menyatakan imej yang dirakamkan itu asli dan tidak diubah suai.

Bagaimanapun, dia tidak percaya gambar yang dirakamnya itu adalah objek terbang yang tidak dikenali (UFO).

Dia tidak dapat memberikan penjelasan mengenai cahaya yang muncul di dalam rakaman imej digital itu.

“Ketika itu, saya sedang merakamkan imej bulan dan tidak sedar mengenai kewujudan cahaya hijau dan merah itu sehingga saya membuka semula imej rakaman di dalam komputer.

“Cahaya yang muncul di dalam imej itu tiada kaitan dengan kesan efek lensa atau pantulan cahaya,” katanya. – Agensi



Leave your response!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.