Salam perkenalan bagi sesiapa yang baru jumpa blog ni.

Sebenarnya saya dah kenal internet sejak tahun 1998 semasa Matrikulasi dulu. Best betul masa tu. Teringat lagi masa mula-mula ada CC sebaris dengan kolej(kolej kat rumah kedai je). Mr janggel mesti ingat tu. Harga sejam bagi perkhidmatan internet masa tu kalau tak silap RM5 bagi sejam. Masa tu lah buat email hotmail pertama, dan masa tulah pertama kali main chatting(mirc). Masa tu kalau main game memang xde accelerated graphic. Memang pakai software rendering. Dan game yang paling mudah main adalah game fifa.

[youtube]RO76rstKHaA[/youtube]

Teringat lagi nostalgia budak-budak kolej pecah masuk makmal komputer ikut siling. Gile nakal. Hampir kesemua pc kat makmal tu budak-budak install game sega. Tiap-tiap malam pegi masuk makmal untuk main game free. Akhirnya pihak kolej tahu mungkin sebab ada orang report. Lepas tu semua kena panggil dan nasihat serta kalau tak silap ada 4-5 orang kena tulis surat ala2 akujanji. Hehe.

Pada masa inilah aku mula kenal dengan hosting. Hosting free mula-mula aku pakai adalah goplay. Sekarang dah tak ada. Lepas tu geocities. Geocities masih ada tetapi aku dah tak boleh pakai dah sebab akaun yahoo aku telah di hijack. Cisss.. Berkemungkinan lepas ni dah tak ada dah geocities selepas yahoo menutupnya.

Anyway, sebenarnya aku tak pandai sangat menulis dan cerita panjang-panjang. Nanti boring pulak. Ada beberapa gambar yang akan membangkitkan nostalgia bagi orang yang sezaman macam aku.

geocities
Hosting dari geocities

Hosting free dari goplay.com
mirc kat CC dulu 3 jam RM15
Email pertama aku dari hotmail.
Yahoo juga popular dulu
Dulu Netscape adalah browser yang popular

9 thoughts on “Terkenang semasa dulu”
  1. Hahahah memang nostalgik giler ketika itu..tu la first time aku kenal internet jugak..siap daftar account hotmail ramai2 kan. lawak la bile terkenang semula peristiwa ditipu tokey asrama, peristiwa memanjat siling pecah masuk kolej, main game sampai ke pagi … hahahah. pastu siap pecah masuk supermarket lagik hahahah memang nostalgik.

    then g jenjalan KL reramai, macam buat rombongan bebudak spastik, melawat zoo. hahahah.

    sekarang ni mana nak dapat dah camtu semua..kuikuikui…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.