Sesat. Sesungguhnya sesat. Kalau sesiapa baca Metro tentu perasan berita macam ni memang banyak sangat dah. Kira macam dah tak terkawal dah isu ni. Mungkin dah muak kita degar. Disebabkan dah selalu keluar paper kita dah jadi macam tak kisah. Kita dah macam lali.

Pada aku, orang yang buat macam ni sesungguhnya dah tersasar jauh. Dah sesat.

BUKIT MERTAJAM: Mayat bayi perempuan berbungkus plastik dipercayai baru dilahirkan ditemui ditanam di belakang sebuah kilang berhampiran Taman Pelangi di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Azman Abdullah berkata, mayat bayi yang cukup sifat itu dipercayai sudah meninggal dunia sebelum ditanam di situ.
“Beberapa orang awam melihat dua lelaki yang dalam keadaan mencurigakan mengorek dan menanam sesuatu di belakang kawasan kilang berkenaan pada kira-kira 3.30 petang.
“Sebaik dua lelaki terbabit meninggalkan kawasan itu dengan menaiki motosikal, mereka pergi mengali semula dan menemui satu bungkusan mayat bayi sebelum menghubungi polis,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.
“Kita belum dapat mengenal pasti identiti dan bangsa bayi perempuan berkenaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya dan menurutnya polis sedang mengesan dua lelaki yang menanam mayat bayi itu.
Beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi mana-mana balai polis bagi membantu siasatan. – Sumber Metro.

By admin

3 thoughts on “Tanam mayat bayi macam tanam mayat kucing”
  1. MELAKA: Mayat seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan ditemui ditinggalkan di hadapan pintu pagar Masjid Permatang Duyong di sini hari ini.
    Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Salehhudin Abd Rahman berkata bayi yang cukup sifat dan masih bertali pusat itu dibaluti dengan kain putih tetapi badannya kemerahan dipercayai digigit semut.

    “Mayat bayi berkenaan disedari ditinggalkan di masjid itu oleh jemaah masjid selepas mereka selesai menunaikan sembahyang subuh,” katanya ketika dihubungi di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.