Home » Uncategorized

PPSMI dimansuhkan mulai 2012

8 July 2009 2 Comments

Dasar kontroversi Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan sepenuhnya tiga tahun lagi, demikian diumumkan menteri pelajaran.

Pengumuman Tan Sri Muhyiddin Yassin itu, susulan keputusan mingguan jemaah menteri pagi ini, dibuat jam 2.30 di kementeriannya di Putrajaya.

Di sekolah kebangsaan, bahasa Melayu akan menggantikan bahasa Inggeris untuk mengajar Sains dan Matematik, sementara sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil akan menggunakan bahasa ibunda masing-masing.

Pemansuhan itu dijalankan berperingkat-peringkat sehingga semua pelajar yang terlibat dengan dasar itu tamat peringkat masing-masing.

Dasar yang diperkenalkan sejak 2003 itu mendapat semakin banyak bantahan, khususnya sejak awal tahun ini apabila sekumpulan aktivis bahasa berjaya menggerakkan ribuan orang berarak ke Istana Negara.ppsmi

Selain memimpin Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP), yang mengepalai demonstrasi besar itu, tokoh sastera Datuk A Samad Said juga menyertai sekumpulan lima Sasterawan Negara membantah dasar itu – mencipta rekod bantahan golongan budayawan Melayu.

Sumber Malaysiakini.



2 Comments »

  • Kujie said:

    anak kak jie sekolah jenis kebangsaan cina…selama 6 thn PPSMI ni..mereka belajar math dan sains dlm 2 bahasa – BI dgn Bahasa Mandarin…. tetap teguh mempertahan bahasa mereka …sehingga sanggup tambah mata pelajaran.
    .-= Kujie´s last blog ..Kisah Mertuaku lagi =-.

  • admin (author) said:

    Kak Jie, kalau kat rumah mak ngan ayah boleh berbahasa Inggeris rasanya tak ada masalah. Yang jadi masalah kat kampung2 la. Terutamanya sekolah rendah. Kalau sy dulu, masa sekolah menengah tgk cite omputih lepas tu baca subtitle. Lama2 jadi faham la.

Leave your response!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.