Bagi para blogger yang dah lama tentu faham apa maksud PR(Page Rank). Walaubagaimanapun, saya tidak mahu ulas banyak berkenaan PR, tapi saya hendak ulas berkenaan kesan pindah blog dari satu server ke server yang lain dan beri kesan pada PR. Kenapa kisah sangat dengan PR? Kalau blog peribadi, mungkin tak kisah sangat, kalau blog tu sumber pendapatan kita, kita patut kisah(risau). Mungkin anda boleh baca sedikit apa itu PageRank Disini.
Kalau nak baca lebih teknikal boleh rujuk wikipedia.
Di bawah adalah statistik salah 1 blog saya yang pada asalnya berada pada PR 3. Disebabkan oleh masalah pada bulan 12, blog tidak dapat diakses. Boleh tengok statistik. Blog telah down selama beberapa hari. Apa yang mengejutkan selepas blog up PR telah jatuh kepada PR 1.
Blog itu kembali recover trafik, tapi PR masih tak naik. Memang susah nak naik. Teruk juga ni. Saya masih lagi bereksperimen untuk naikkan balik PR. Nampaknya trafik tak ada masalah. Yang bermasalah hanya PR.
Ingatan saya, fikir dulu sebelum pindah blog, mungkin ianya boleh jatuhkan PR.
*Lupa pula nak screenshot PR sebelum dan selepas, maklum la tak terfikir jadi macam ni.
BAgi yang concern, memang penting PR, Alexa, backlink, technoratie dan sebagainya.
KEna tahu stratergi dan usaha camna nak POWER kan semua tu…
maybe boleh buat tips.
.-= Cyza´s last blog ..World demand for water treatment products to reach $59 billion in 2013 =-.
Biasa yang concern tu orang2 yang nak bt duit dalam blog dia la. Blog Adsense ke dsb.
memang benar, dengan memindahkan blog, PR kita akan jatuh dan nak bina semula memakan masa. ini sepatutnya diambil perhatian kepada rakan-rakan lain.