Home » misc

Periksa Indeks Pencemar Udara jerebu secara online

26 June 2013 No Comment

jerebu2Buat kesekian kalinya negara kita sekali lagi dilanda jerebu. Tahap penglihatan dan kualiti udara disesetengah tempat diklasifikasikan sebagai berbahaya sehingga diistiharkan darurat terutamanya di Johor.

Jerebu berpunca daripada debu,habuk dan asap sama ada dari pembakaran terbuka, akibat pertanian, asap perindustrian atau kenderaan.

Sejak tahun 1991, jerebu telah menjadi masalah yang meruncing di Asia Tenggara, kebakaran hutan di Indonesia yang dibakar bagi membersihkan tanah menjadi punca. Sebagai tindak balas pada jerebu 1997 di Asia Tenggara itu, negara-negara ASEAN bersetuju dengan Pelan Tindakan Jerebu Serantau (1997). Pada tahun 2002, semua negara ASEAN kecuali Indonesia menandatangani Perjanjian Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan , tetapi pencemaran masih merupakan masalah pada hari ini. Di bawah perjanjian itu sekretariat ASEAN menjadi tuan rumah penyelarasan dan unit sokongan.

Satu cara untuk menentukan tahap teruk jerebu adalah dengan Indeks Pencemaran Udara (IPU). Untuk periksa IPU secara online boleh klik link http://apims.doe.gov.my/apims/

Tapi malam tadi ada hujan. Jerebu kurang sikit di kawasan USJ ni. Kalau jadi teruk lagi lepas ni mungkin kerajaan boleh cuba cara saintis jerman guna laser untuk pembenihan awan.



Leave your response!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.