Categories

Blogroll

Lelong Buku

Penawaran kemaskini kepada Windows 8

Windows 8

Windows 8

Pelancaran rasmi Microsoft Windows 8 dijangka akan berlaku tidak berapa lama lagi dan Microsoft telah mengesahkan harga bagi naik taraf sistem operasi dari Windows XP, Vista atau Windows 7 yang boleh menaik taraf kepada versi Windows 8 Pro untuk harga hanya 39.99USD. Harga yang ditawarkan murah berbanding sebelum ini iaitu 99USD untuk versi Pro dan perubahan ini dialu-alukan oleh pengguna.

Apple telahpun melepaskan kemaskini utama dibawah harga 30USD selama bertahun-tahun dengan Mountain Lion hanya 19.99USD dan diharap Microsof boleh menurunkan lagi harga membolehkan lebih ramai membeli perisian asli.

Yuran kemaskini secara digital adalah untuk harga ini, tetapi jika mahukan DVD harganya adalah 69.99USD. Dikatakan harga yang ditawarkan hanya untuk tempoh terhad iaitu sehingga 31 Januari 2013. Selepas itu dijangka harga kemaskini mungkin meningkat 2 kali ganda.

Wednesday ~ July 07, 2012 by admin Posted in Uncategorized | No Comments

 

Name (required)
Mai (required)
Website

 

 

Enable Notifications.    Ok No thanks