Jenama Nokia akhirnya kembali selepas HMD Global iaitu pemegang nama Nokia akhirnya mengumumkan Nokia 6, telefon Android 7 untuk pasaran China. Ianya adalah peranti peringkat pertengahan dengan julat harga $245.

Nokia 6 dikuasakan oleh chipset Snapdragon 430 dengan Cortex-A53 8 teras, GPU Adreno 505 dan memori 4GB. Ianya menggunakan Gorilla Glass 5.5 inci 1080p dan melengkung tepi(sesuatu yang standard sekarang). Dari segi kamera, ianya menawarkan 16MP PDAF dengan kanta fokus f/2.0. Kamera swafoto adalah 8MP dengan apeture yang sama. Storan diberikan adalah 64GB mencukupi buat masa ini malangnya chipset mengehadkan rakaman video hanya pada 1080p@30fps.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.