Benda ni biasa aku alami. Biasanya bila setup server(Centos) dengan RAID 1, grub hanya dipasang pada primary disk bila grub setup dalam MBR.

Masalah berlaku apabila primary disk rosak dan perlu diganti. Server tak boleh boot dek kerana secondary disk tak ada grub walaupun dah buat mirror.

Apa yang boleh dilakukan adalah dengan mendapatkan 1 CD live Centos atau DVD pemasangan Centos. Boot ke dalam DVD tersebut, ketika server membaca DVD apabila sampai peringkat scan IDE atau SATA dan load driver tekan “Ctrl+Alt+F2

Anda akan kembali pada shell prompt. Pada ketika ini, taip “grub

grub>

grub> root (hd0,0)

grub> setup(hd0)

grub> quit

Jika tiada error, grub dapat dipasang pada secondary disk tersebut. Kemudian reboot. Sepatutnya tiada masalah untuk boot ke secondary disk.

Kaedah ini juga boleh dipakai pada rescue disk Linux.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.