Home » Uncategorized

CES(Consumer Electronics Show) 2012

10 January 2012 No Comment

CES yang pertama telah diadakan pada bulan Jun 1967 di New York City. Ia berasal dari Music Show Chicago, yang kemudiannya bertukar menjadi acara utama untuk mempamerkan barangan elektronik pengguna. Acara itu telah menarik 17,500 hadirin dan lebih 100 peserta pameran. CES diadakan dua kali setahun iaitu pada bulan Januari dan Jun.

Sejak 1998, formatnya ditukar kepada sekali setahun dengan Las Vegas sebagai venue utama. Dengan setiap event pastinya akan menonjolkan teknologi baru dalam perkomputeran atau elektronik misalnya pada 2004 teknologi yang ditonjolkan adalah Blue-ray yang boleh menyokong 128GB kapasiti 4 lapisan cakera Blue-ray.

Pada tahun lepas, CES banyak memaparkan tentang tablet dan juga telefon pintar yang dikuasakan Android Honeycomb. Pada acara ini turut diperkenalkan teknologi 3D TV daripada pengeluar 3D TV seperti Mitsubishi, Toshiba, Samsung dan juga LG.

Pameran CES  2012 kali ini akan diadakan dari Selasa, 10 Januari hingga Jumaat, 13 Januari. Microsoft mengeluarkan satu kenyataan rasmi yang mengatakan bahawa CES 2012 akan menjadi penampilan terakhir Microsoft pada majlis itu.



Leave your response!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.