Pertama-tama sekali aku berterima kasih kepada semula pelawat blog ni yang beri sokongan pada aku sebab melawat blog yang tak seberapa ni. Aku dapati banyak dari trafik search engine juga.

Mungkin ada seperais nanti. I don no. Plis forgiv may broken inglish. Me spik no inglish.

Ape aku nak cari sebenarnya dalam dunia blog ni?

1. Yang paling utama adalah nak cari passive income dalam blog. Kebanyakan income datang dari Adsense aku yang tak seberapa. Tapi sori ye, kalau ada sapa-sapa nak ajak join mlm, aku memang terpaksa menolak.

2. Aku cari kawan. Dengan buat blog aku percaya tentu ada yang mengikut blog kita walaupun just sekadar silent reader. Tak kisah le sebenarnya. Banyak gak aku belajar dari blogger lama. Ada gak yang aku follow tiap post dia. Ada gak aku jadi silent reader kat blog dia tapi tak pernah komen. Kenapa ye.

3. Aku cari ranking blog. Kalau dulu entry aku lebih personal kot, dan tak sesuai sangat kalau nak publish tapi sekarang hala tuju blog mau lebih spesifik. Aku dah jumpe niche blog ni. Mungkin follower yang selalu mengikut akan perasan.

4. Aku memang nak buka service iklan kat blog, tapi nampak macamtak kukuh je lagi trafik. Tunggu dulu la sampai trafik mencanak-canak naik mungkin 10 tahun lagi bile inertz dikenali dimata dunia. Mase tu leh la buat iklan mahal-mahal.

5. Aku nak cari rumah sewa. Ya betui. Tuan tanah kedaung nak jual rumah dia, jadi terpaksa le aku bersusah payah ni nak cari rumah. Badigol sood betui.

6. Aku nak cari ikan. Lama dah aku tak memancing. Rasanya dah berbulan-bulan. Bosan betui lama tak pegang pancing.

7. Aku nak cari makan. Tuan tanah datang rumah lambat tadi nak bawa tengok rumah bakal pembeli dia tadi. Kalau aku tau datang lewat baik aku makan dulu tadi. Dah le aku bz ngalahkan menteri. Nasib je ni aku cuti Ahad, kalau tak jangan harap le nak jumpa.

8. Aku nak cari barang dapur le jap lagi. Walaupun lelaki, tak semestinya tak boleh masak. Kekadang tu muak gak makan  lauk kedai, sesekali nak juge makan masakan isteri sendiri.

9. Aku nak cari idea blog. Wah tetibe~. Idea ni pun aku cilok daripada visitor yang masuk melalui search engine. Terima kasih la ye masuk ke blog yang tak seberapa ni. Nanti aku bagi hadiah. Hadiah dia makan masakan aku. Kah kah kah gile kejam.

10. Aku nak cari laptop la. Laptop aku sekarang dah tak dapat dah memuaskan nafsu main game aku. Aku perlukan gaming laptop baru. Tengah usha laptop Lenovo dengan Asus yang pakai NVIDIA 310M. Rupanya ada yang harga bawah RM2500. Benchmark dia boleh tahan, kalau tak silap 3Dmark 2003 sekitar 10000.

Sekian. Dah macam chedet punya blog la ada nombor.

4 thoughts on “Apa aku nak cari”

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.