Salam perkenalan bagi sesiapa yang baru jumpa blog ni.
Sebenarnya saya dah kenal internet sejak tahun 1998 semasa Matrikulasi dulu. Best betul masa tu. Teringat lagi masa mula-mula ada CC sebaris dengan kolej(kolej kat rumah kedai je). Mr janggel mesti ingat tu. Harga sejam bagi perkhidmatan internet masa tu kalau tak silap RM5 bagi sejam. Masa tu lah buat email hotmail pertama, dan masa tulah pertama kali main chatting(mirc). Masa tu kalau main game memang xde accelerated graphic. Memang pakai software rendering. Dan game yang paling mudah main adalah game fifa.
[youtube]RO76rstKHaA[/youtube]
Teringat lagi nostalgia budak-budak kolej pecah masuk makmal komputer ikut siling. Gile nakal. Hampir kesemua pc kat makmal tu budak-budak install game sega. Tiap-tiap malam pegi masuk makmal untuk main game free. Akhirnya pihak kolej tahu mungkin sebab ada orang report. Lepas tu semua kena panggil dan nasihat serta kalau tak silap ada 4-5 orang kena tulis surat ala2 akujanji. Hehe.
Pada masa inilah aku mula kenal dengan hosting. Hosting free mula-mula aku pakai adalah goplay. Sekarang dah tak ada. Lepas tu geocities. Geocities masih ada tetapi aku dah tak boleh pakai dah sebab akaun yahoo aku telah di hijack. Cisss.. Berkemungkinan lepas ni dah tak ada dah geocities selepas yahoo menutupnya.
Anyway, sebenarnya aku tak pandai sangat menulis dan cerita panjang-panjang. Nanti boring pulak. Ada beberapa gambar yang akan membangkitkan nostalgia bagi orang yang sezaman macam aku.

hohoho memang best teringat kenangan zaman dulu-dulu n.. hahah
Tul tu. Teringat masa main irc dulu. Siap leh gaduh2 lagi. Mase tu la belajar apa iu A/S/L. Hehe, nostalgik sungguh.
Hahahah memang nostalgik giler ketika itu..tu la first time aku kenal internet jugak..siap daftar account hotmail ramai2 kan. lawak la bile terkenang semula peristiwa ditipu tokey asrama, peristiwa memanjat siling pecah masuk kolej, main game sampai ke pagi … hahahah. pastu siap pecah masuk supermarket lagik hahahah memang nostalgik.
then g jenjalan KL reramai, macam buat rombongan bebudak spastik, melawat zoo. hahahah.
sekarang ni mana nak dapat dah camtu semua..kuikuikui…
Hehe… mmg nakal time tu.
Semua design-design old school je tu =)
Time ni semua main html je nih. Xde sangat website canggih2. Yang canggih pun javascript je kalau tak silap time ni.
Haha….dulu MIRC xpenah sentuh pn
Huh dulu MIRC mmg popular. Skang dah ada macam2.