Categories

Blogroll

Lelong Buku

Kahwin dengan Laptop?

Pelik, pelik manusia ni. Kalau lelaki obses dengan kereta, ada pula pompuan yang obses dengan laptop. Tambah tu pula nak kawen dengan laptop.

LONDON: Seorang gadis cantik menimbul kekecohan di Internet apabila mengumumkan ingin mengahwini komputer ribanya.
Hermione Way, 24, dari London membuat kenyataan jatuh cinta dengan komputer ribanya, MacBook Pro 17 inci di YouTube, Alex.
Rakaman video itu dilihat seluruh dunia dan hingga kini 30,000 menonton video itu sejak seminggu lalu.
Hermione mengaku idea itu mungkin pelik tapi menegaskan, warga Britain perlu membenarkan perkahwinan dengan teknologi canggih jika mereka yang terbabit serius, sama dengan perkahwinan sejenis yang kini diiktiraf pihak berkuasa.
Rakaman pendek itu turut mendakwa Hermione dan ‘pasangannya’ berhasrat untuk melangsungkan perkahwinan mereka 31 Januari dan tidak pernah berpisah sejak dua tahun lalu.

Ibu Hermione, Jane turut muncul di dalam video itu dan merestui hasrat anaknya itu.
“Kami tahu Hermione pasti gembira,” katanya.
Hermione memilih Alex kerana ia tidak hirau bagaimana rupanya.
“Kami habiskan setiap detik bersama. Yang pasti kami gembira bersama,” katanya. – Agensi

Sumber Metro, gambar: techeblog.com.

[youtube]D2ik4r-58d8[/youtube]

Agak-agak ada tak orang kat sini nak kahwin dengan laptop.

Sunday ~ January 01, 2015 by admin Posted in misc | 16 Comments

Lelaki memasak! Tak cool? Betul ke?

Ada orang kata lelaki memasak tak cool. Betul ke?

Lama dah aku tak masak sebenonye. Maklum la kalau nak dikirakan makan kat luar pun ada tempat yang murah gak. Dengan kos barang yang semakin naik, memasak sendiri mungkin boleh jadi lebih mahal daripada beli.

Satu je kekurengan makan kat luar ni. Tahap kebersihan dia kita tak tau. Kalau macam aku ni perut sensitif, salah makan boleh sakit perut. Makan kari kedai mamak memang aku elakkan sangat. Kecuali sangat2 lah terdesak sebab tak ada pilihan lain. Tu pun tengok2 gak lauk kedai mamak tu. Nampak lain macam je cari lauk bergoreng. Ikan goreng ke, ayam goreng ke selamat sikit. Tapi bosan gak kalo asyik makan goreng je.

Lelaki memang patut tau memasak. Memasak rngkas2 pun jadila. Jangan goreng ikan dengan goreng telur pun fail. Susah le. Nanti isteri mengandung tak larat nak masak, sape nak masak.  Suami boleh masak tentunya lebih disayangi oleh isteri isteri.

Ape aku nak masak hari ni? Aku nak masak cuka le. Ada beli ikan tadi. Mengidam lama dah ni nak masak cuka. Resepi dia ala kadar je. Buh je barang2 yang ada kat dapur nun. Haha..

Selamat makan malam.

lelaki memasak*Walaupun sekarang dah kawen, aku masih lagi memasak kalau bini tak larat.

Sunday ~ January 01, 2015 by admin Posted in artikel,misc | 32 Comments

 

Enable Notifications.    Ok No thanks