Categories

Blogroll

Lelong Buku

NVIDIA GeForce GTX 660 Ti

Seni bina NVIDIA ® Kepler ™ , yang telah merevolusikan bagaimana permainan PC dimainkan sejak diperkenalkan pada bulan Mac. Kini, kuasa baru NVIDIA GeForce ® GTX 660 Ti GPU telah diperkenalkan bermula pada hanya $ 299.

Prestasi yang benar-benar merubah permainan PC yang paling mencabar dimainkan pada resolusi pilihan peminat permainan video 1080p, GTX 660 Ti adalah naik taraf yang dramatik bagi sesiapa yang bermain di teknologi grafik generasi sebelumnya. GTX 660 Ti adalah 41 peratus lebih cepat secara purata daripada GTX 560 Ti dari tahun 2011, dan 58 peratus lebih cepat secara purata daripada GTX 470 dari 2010.

Di samping menyediakan prestasi yang mengagumkan, GTX 660 Ti dipenuhi dengan ciri-ciri, seperti sokongan penuh untuk tessellation DirectX 11, TXAA, dan PhysX ® dan keupayaan untuk menggnakan paparan monitor 3+1 daripada kad tunggal.

Seni bina Kepler menggunakan kuasa rendah dan mengeluarkan haba yang kurang memastikan pemain mempunyai pengalaman permainan yang paling stabil, tenang dan kuasa yang cekap dalam kelas harganya.

Apabila dua GTX 660 Ti berpasangan bersama-sama dalam mod SLI, ianya memberikan prestasi yang melebihi dari persaing sehingga 21 peratus.

GTX 660 Ti dibina menggunakan seni bina 28-nanometer Kepler NVIDIA, seperti 680 GTX, GTX 670 dan dwi-GPU GTX 690, semua yang telah diperkenalkan pada awal tahun ini.

NVIDIA GeForce GTX 660 Ti GPU boleh ddapati sekarang dari pengeluar kad grafik  termasuk ASL, ASUS, Colorful, ECS, EVGA, Gainward, Galaxy, Gigabyte, Innovision 3D, JETWAY, Leadtek, MSI, Palit, Point- View, PNY dan ZOTAC.

Maklumat lebih lanjut mengenai GeForce GTX 660 Ti adalah didapati daripada www.GeForce.com.

Sunday ~ August 08, 2012 by admin Posted in Uncategorized | No Comments

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin

Tinggal esok je lagi nak kerja ni. Mood dah tukar jadi mood raya. Tapi jangan le pulak bermalas-malasan ye. Rasa sekejap je sebulan. Tup-tup dah nak raya.

Aku balik kampung mungkin lusa.

Sape yang bawa moto tu hati-hati. Periksa dulu keadaan tayar jangan dah atas lebuhraya ada masalah pulak nanti. Same gak yang bawa kereta, tak perlu laju-laju pun. Tak perlu tergesa-gesa.

Salam Aidilfitri untuk pelawat inertz.com dipohon ampun maaf jika ada terkasar bahasa tersilap tulis.

Wednesday ~ August 08, 2012 by admin Posted in Uncategorized | No Comments

Akan datang GeForce GTX 650 Ti

Kad grafik ini bakal datang pada suku ke 4 tahun ini. NVIDIA Geforce GTX 650 Ti berasaskan cip Kepler GK106 dengan 960 teras CUDA. Ianya turut disertakan dengan 128-bit memori dan mungkin dikelauarkan dalam versi 1GB dan 2GB.

Saturday ~ August 08, 2012 by admin Posted in Uncategorized | No Comments

Hantu kayu

Apehal lak TV3 ni tetiba gelap. TV rosak ker atau siaran yang rosak.

Sedap betui popia basah pasar Ramadhan Alam Megah yang dibeli tadi. Memang best. Tapi tak de pulak mangga pulut kat sini. Maner nak cari yer. Ngidam ngalahkan pompuan ngandung. Kekeke..

Kira dah hampir pertengahan bulan Ramadhan dah ni. Semangat nak raya dah semakin membuak-buak tapi rasanya tahun ni ada perbezaan la dari tahun lepas. Ada benda yang tidak boleh berubah pun. Iaitu KENYATAAN.

 

 

Friday ~ August 08, 2012 by admin Posted in Uncategorized | No Comments

« older posts

 

Enable Notifications.    Ok No thanks