Categories

Blogroll

Lelong Buku

Mudahnya guna widget dengan wordpress, khas untuk Kak Ogy

“Akak Ogy nak pasang iklan nuffnang, tapi akak tak pandai nak masukkan. Macam mana?”

“Bro, bro pandai edit code php tak? dah banyak kali cuba nak masukkan widget feedjit tapi asyik lari dan ada error je.”

Php programming tak berapa sama dengan html biasa. Kalau html biasa, dengan fronpage apa yang kita design itulah yang akan dapat dilihat pada browser, tapi tidak php. Ianya sedikit berbeza. Walupun kita pakai Frontpage, kita hanya dapat lihat baris-baris kod sahaja.

Bagi akak-akak macam kak Ogy(contoh-jangan marah saya kak) dan abang-abang yang baru berjinak-jinak dengan wordpress dan mempunyai pengikut yang ramai tentu tak meriah kan blog kalau takde iklan. Sama ada kita upah orang untuk masukkan kod iklan atau apa saja dalam blog kita atau kita buat sendiri jika kita tahu.

Sebenarnya akak, tak susah nak masukkan kod tu, cuma gunakan widget. Ha kak, widget.

Widget tu benda apa? Widget kalau dalam terma komputer kira macam satu perisian kecil yang memaparkan info, contohnya macam jam, kalender, cuaca, proses CPU dsb. Tapi dalam terma wordpress ianya macam utility kecil. Boleh letak suapan RSS, boleh letak statistik, letak cloud tag dsb. Widget biasanya terletak pada bahagian kiri, kanan atau bawah bahagian utama blog. Jarang ada widget pada bahagian utama blog.

Tetapi ada sedikit kekurangan, tak semua widget serasi dengan semua tema wordpress. Kena tengok juga bagaimana programmer tema itu membuatnya pada tema wordpress.

Nak masukkan Widgets, masuk pada Appearence>Widgets. Kita akan dapat lihat pada senarai widget. Widget yang boleh diletakkan pada sidebar biasanya ada link add, bagi yang tiada bermakna widget tidak serasi dengan tema wordpress.

Merujuk kepada isu macam mana nak masukkan kod javascript misalnya, nak masuk iklan ke atau kod mybloglog ke widget “Text” perlu digunakan. Pada kanan bahagian Current Widgets, pilih tempat nak show iklan tu. Contoh saya rsidebar, dan pilih show. Nanti akan keluar senarai widget pada bahagian itu. Bila kita klik “Add” pada Text widget, ia akan berada pada bahagian widget dan biasanya akan berada bawah sekali. Kita drag/heret widget tersebut pada kedudukan yang kita mahu. Setelah selesa dengan kedudukan, masukkan kod yang hendak digunakan. Klik Done dan klik Save Changes.

rwidget1

Aha…. Widget dah boleh dipakai. Sila tekan F5 untuk refresh browser.

rwidget2

Tuesday ~ March 03, 2009 by admin Posted in Uncategorized | 2 Comments

Profile Yuna

yunalis

Nama sebenar: Yunalis Zarai
Komersial: Yuna
Usia: 23 tahun
Tarikh lahir: 14 November 1986
Tempat lahir: Alor Setar, Kedah
Hobi: Menonton filem
Idola: Fiona Apple
Emel: yunaroomrecords@gmail.com

EP yuna terjual macam goreng pisang panas. Second batch sold out. Sesiapa yang kecewa tak dapat beli harap tunggu untuk 3rd batch.

Dengar yuna;

Yuna – Bagpacking Around Europe
Yuna – Deeper Conversation (dengan lirik)
Yuna – Peer Pressure (dengan lirik)
Yuna – Dan Sebenarnya (beserta lirik)

Tuesday ~ March 03, 2009 by admin Posted in misc | 6 Comments

Kos projek Puncak Baru berharga RM500 juta

puncakbaru1Projek Puncak baru, pembangunan campuran pada tapak pasar Ahad di Kampong Baru adalah dianggarkan berharga RM500 juta.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulhasnan Rafique berkata projek yang didirikan atas tapak milik DBKL akan memberikan keseimbangan antara keperluan masyarakat tempatan majoritinya Melayu dan pasaran hartanah.

Beliau berkata projek ini terbahagi kepada 4 komponen, 60 menara tingkat kondominium dengan 392 kediaman, 40 tingkat ruang pejabat, 3 tingkat untuk ruang membeli-belah dan pasar raya serta perniagaan. Ianya juga turut di intergrasikan dengan stesen LRT Kamong Baru dan ruang perniagaan atau lebih dikenali sebagai Bazar.

Walaupun projek ini pada asalnya mendapat bantahan daripada sekumpulan peniaga Pasar Minggu, tetapi ianya telah dibatalkan.

Sumber Malaysiakini.

Monday ~ March 03, 2009 by admin Posted in Uncategorized | No Comments

Nizar mendapat sokongan blogger

Beberapa orang penulis blog tersohor turut berada di Bukit Gantang bagi membantu memastikan calon PAS, Dato’ Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin memperolehi kemenangan dalam pilihan raya kecil Bukit Gantang.

Mereka berada di sini sejak hari Sabtu dan turut sama menyertai perarakan ke pusat penamaan calon bersama penyokong-penyokong Pakatan Rakyat semalam.

Penulis blog yang juga seorang peguam terkemuka, Harris Ibrahim memberitahu Harakahdaily kehadiran mereka semua sebagai tanda sokongan terhadap Nizar yang akan bertanding di Bukit Gantang.

“Kami semua akan membantu dengan apa cara sekalipun bagi memastikan kemenangan Nizar dalam pilihanraya kecil ini.

“Kami sepakat untuk memastikan kemenangan Pakatan Rakyat kerana telah muak dengan politik kuno yang masih menjadi amalan Umno dan Barisan Nasional” tegas Harris.

Sumber Harakah.

Monday ~ March 03, 2009 by admin Posted in Uncategorized | No Comments

« older posts

 

Enable Notifications.    Ok No thanks